1 Mac – pergi
ke Tesco, ingat nak la beli susu Aqil [buat stok bulan mac]..
Huaaarrrrr….
Susu AQiL
sudah bertukar!!!! Bertukar cover !! Corak Baru !!!
[ko kenape,
susu bertukar cover je pun ?!?! pun
nangeshhh??!?!]
Hak aloh ko
Fizah..teriak pulak kan..kan..
Ye, selama
ini AQiL menyusukan susu DUTCH Lady Mia Sara… Ala, warna biru-biru tu… AQil pon
tawu.. kalu jalan supermarket… lorong susu… dia dah jerit.. SUSU!!! SUSU !!!
AQil tawu
itu susu dia, susu lain memang dia tak teruja sangat pon… , ni nak cerita..
masa nak beli susu itu hari… Cover susu AQil sudah berubah wajah…
Memang
sebelum ini dah ada kertas informer pada pack sebelum ni yang kata susu akan berubah wajah..tapi..
Tak la pulak
kata yang…
KUANTITI
SUSU JUGA AKAN BERKURANGAN !!!
Ni yang
Fizah dok huarrr huarrr.. sangat ni..
Yer loh,
susu AQiL bajet! [mak pak bukannyer kayo bonar dpt sediakan susu semahal –mahal
yang ooiii] lagipon susu jenama lain kuantiti sikit. AQiL PEMINUM SUSU TEGAR.. habisla
mak pak lepasni…kena spend extra duit beli susu.. nak jadikan kuantiti cukup
balik..huhu
Selama ini Dutch
Lady masih dalam ekonomi yang kami boleh sediakan per month..
1kg = RM 30.00+…
sebulan kira 5 paket jugak la untuk AQiL guna..jadi
5 x RM 30.00 = Rm 150.00+ …untuk
susu.
DL bukan susu
yang paling murah juga.. (since Dugro lagi murah dari DL) kira boleh la , tak
dew la nak kata beri susu murah sangat…lagipon pada Fizah mahal ke murah..
susu
kena ikut kesesuaian AQiL…
Pernah try bagi
DUGRO [kekonon boleh jimat lagi] AQiL masa minum aja dah nak termuntah.. pastu
x boleh berak.. aduh, kesian AQiL baru try sebotol dah jadi macamtu.. so tak
jadi tukar.. setia dengan Dutch Lady..
Kalu nak
ikot kata Abah AQiL- masa AQiL start FM lagi abahnya soh pakai s-26, masetu
AQiL 6 bulan..AQiL dah makan.. tu pasal Fizah ingat tang susu cari yang jimat
sikit.. AQiL lebihkan khasiat dalam makanan.. lagipon ikot kemampuan kami… s-26
Fizah rasa amat naw mahal.. dengan factor TEGAR di situ..memang nangis..
susu paling
baik bagi AQiL iyalah susu Fizah, memang kesihatan AQiL tip top.. Fizah memang
akuinya.. tapi apakan daya, setakat 6 bulan sahaja AQiL FULL BREST FEED.. allah
maha mengetahuinya sayang..
Berbalik pada susu FM- susu lain jenama
kebanyakannya bukan 1 kg = BAWAH RM30.00.
Itu yang
Fizah pilih untuk bagi AQil Dutch Lady , alhamdulilah.. AQil sesuai.
Bila tengok
cover baru DL ni – ha.. ko nangis teramat… sebabnya susu sudah kurang.. sudah
jadi 900 grm shj.. sedangkan sebelum ini
1 kg.. AQil walaupon 5 paket sebulan… itupon ngam ngam habis bila mak pak dapat
gaji.. sekarang bila macamni.. alamatnya
SAKIT SIKIT
LA TANG susu tu… Oiii…[ nApas macam semput pulak teringatkan duit ] walaupon
100 grm aja berkurangnya pon, itu tetap efex kat kami yang tak la kayo mano.
Ni yang
macam nak try tuka susu AQiL..
Huarrrr….
Lagipon,
sejak AQiL asik demam ni… [ye, aQiL masih on off demam] sampai sekarang.. lepas
je minum susu.. AQiL akan batuk-batuk… dan muntah semula susu…
Ada bawak
jumpa doctor & ubat AQiL pon dah nak habis..Cuma sakit demam selsema aja
tak baik betul-betul… mengenang doctor cakap AQiL OK.. aktif.. Cuma mengalami
proses membina antibody.. Fizah terasa jugakla nak tukarkan susu AQiL.
Ya! Mahu
Tukar!!
Sebab :
- - Susu Dutch Lady makin sikit kuantiti – 900 grm = RM 30.00+
- - AQiL muntah semula susu lepas minum dan muntahnya macam susu basi !
Walaupon AQiL minum susu yang baru dibancuh hokey !!
- - AQiL dah nak cecah 2 tahun umurnya…
perlukan lebih khasiat dlm pemakanan & susu
- - Macam sudah tiada beza kalu nak pakai susu lain… sebab harga dah lebey kurang..
nak beli yang 1kg ke atas = tertelan gigi pula rasanya bila nak bayar.
Fizah pilih Dutch Lady ini pon sebab rasakan susu ini berbaloi dari segi
harga dan kuantiti..
so kini dah sama macam kuantiti susu lain, sudah masanya
untuk AQiL bertukar susu.
So, sekarang..
Misi pencarian susu baru buat AQiL..
HOPE AQiL tak la muntah muntah lagi. Dan baik la demam selsema itu..sian
AQiL.
NotA’qIL : Ade servey produk susu buatan tempatan, sudah
banyak rupanya di Malaysia ini.
.lagi- lagi susu berasaskan kambing..makanan sunnah gitu
.lagi- lagi susu berasaskan kambing..makanan sunnah gitu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan