Alahai mak Fizah..Kesian pula dengar
dia tengah mencari belender…
Siap ajak pergi TESCO.. tahu pula dia
tengah ada diskaun kat Tesco tu..
Apa mak..kedai depan rumah tak buat
sale ke? Nak GST ni kan..kan..???
Tak laku nanti.kikiki…
Mak Fizah sedang cari blender baru…
Kat rumah tu..ada 2 belender…
Satu Fizah guna untuk memasak masakan harian….
Blender cili..kunyit..bawang… ais…yang
multi task lah katakan…
Satu lagi, Fizah pulak tak brani nak
bagi dia multi task…
Fizah guna hanya untuk blender bubur AQiL…
jadinya
sekarang…dah lama ia jadi perhiasan…
(AQiL sudah makan macam Mak Pak nye sekarang)
(AQiL sudah makan macam Mak Pak nye sekarang)
Sebab mak perlu guna sangat belender…
Fizah bagi mak satu !!!
Nah!
Blender hijau Fizah selalu guna…MULTITASK…
KUKUH…TERASA GUNA BLENDER..
Greeengggg… Breenngggg…
Breengg…Greeeeenngggggggggg
[tapi mamanyer dah pecah..macamni jugak –
sebaik bertahun dah guna-boley laaa-tahan la jugak tu namanya]
Blender Paling Mesra Fizah…buat masa
ini..
Dulu fizah hanya gunakan lesung batu
bila nak lenyek sesuatu…
Mama yang selalu guna blender macamni jadi
Fizah memang tahu jenis Hijau ni..
memang tahan lama!
Kat kampong pon guna blender bersuiz yang
macamni…
memang boleh dengar satu rumah bila tengah blender…
Lepas kawen, Fizah dapat 2 blender
diatas…
Duduk sendiri, itu yang blajar guna
blender… (lesung tetap i setia ok)
Fizah tetap suka lagi yang warna
Hijau ni…
Blender Kelabu, design moden.. suis
tekan macam tak rasa je… MACAM TAK RASA KITA
TENGAH BLENDER… Fizah jadi
was-was.. tak brapa nak syookk!!! Tekan sedalamnya suis
kalau guna blender
kelabu ini.. sebab tak yakin blender dah bergerak..huhu..
Penat taw guna blender kelabu
ini..penat “MENEKAN”… habis tenaga dipakai..
Blender bila kita beli yang set,
mesti ada sekali yang kecik sikit saiz blender tu…
Buat blender rempah orang kata… yang
kecikni, Fizah juga suka yang warna hijautu..
Senang nak buka dan tutup balik..
senang nak uruskan… Kalau yang kelabu punya… bila nak bukak aja..mesti jari
terkena-kena tepi-tepi bekas tu.. SAKIT TAW!! Buat orang jadi lambat pulak
kerja sebab asik terkena-kena aja jari tu bila nak bukak atau tutup..
Part penutup belender belah atas pon,
Fizah suka lagi yang HIJAU.. cuba lihat.. boleh buka besar kan?? Kalau nak blend ais..masuk-masukkan
aja.. main cak-cak kat situ tanpa perlu tutup suis..
Yang kelabu ni, nak tambah apape masa
nak blend..kena tutup suiz… bukak seluruh penutup..pastu onn balik suiz..
HAIYAAA… manyak lemah lembot wooo..
Pokoknya disini..Fizah tak suka
sangat blender style macam kelabu ini…
Walaupon yang kelabu merupakan jenama
terkenal..PANASONIC… ia tak MESRA untuk Fizah... LECEH.. guna lebih banyak masa sebab kena terlalu
berhati-hati… part nak basuh bilah pisau
tu… alemak… silap sikit..berdarah
kulit jari..ouchhh
Atas factor tidak MESRA disitu, Fizah
dengan senang hati….
BAGI MAK FIZAH BELENDER HIJAU
KESAYANGANKU - >PENSONIC.
Sebab Fizah kesian kat mak, dia sudah
biasa masak nak berbelender…
Lagi-lagi bila dia buat LAKSA FAVOURITE
FIZAH!! Seeeeedaaappp..nyum..nyum… J
Buat apa bazir duit nak beli
belender.. Fizah kan ada 2 blender… tak usah la membazir…
Bila dah bagi dekat mak belender
hijau, maknanya Fizah kena la pakai yang kelabu..
(tak pe, slow-slow pakai- walaupon
tak minat- insyaallah) tapi, bagus jugak daripada asik jadi hiasan aja..
barangan elektrik ini, kalau simpan lama tak dipakai..boleh juga rosak
tiba-tiba..
Dari jadi rosak tanpa pernah pakai…
baik kita gunakan dengan sehabis baik…
Bila saat dah rosak nanti… ada la
jugak rasa berbaloi disitu..
TATA
NotA’qIL : …”Jangan pernah hina masa lalunya, kerana kita
tidak tau masa depannya”…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan