Rabu, 25 Mac 2015

BUAIAN BAYI – Memudahkan @ menyusahkan ?



Siapa nak beli buaian terpakai?




Mahu?



Anda ke?




Mahu???





Niat hati Fizah, dari masa AQiL didalam perut lagi… NO BUAIAN DI RUMAH!! Muktamad!!!




TOK MAK AQiL :  Nanti belikan buai… senang nak tidokan baby .. bia dia lena macam masa 
dalam perut ni.. terbuai-buai macamtu..


FIZAH : ..tak nak la mama, nak biasakan tidak guna buai.. letak kat bawah aja.. senang tak payah 
nak enjut-enjut .. letak aja baby sudah boleh tido..kat mane-mana pon boleh 
nanti tak yah nak angkut-angkut buai…

[Mak Fizah ada berpesan masa lagi Sebulan AQiL nak “tarikh kelahiran”]




SELAMAT  AQiL LAHIR

Kami ada pengalaman “SAWAN TANGIS”

Kalau nak tahu, AQiL ada sakit menangis tak tentu masa… dari hari lahir dia, AQiL memang tak boleh diletak atas tilam tanpa menyusu.. tidak boleh pakaikan pakaian secara teratur, senyap dan sunyi diatas lantai atau tilam.. semua kena buat sepantas kilat lepastu kena cecepat dokong dia… Tidak boleh kita pergi mana-mana berlenggang…nak mandi ke makan ke.. kita kena dokong dia sekali.. Hanya bila didokong,baru AQiL SENYAP..

Bila TIDO – SENYAP..tapi seminit ke setengah jam aja..
Lepastu… siang ke.. malam ke…
Menangis..
Nangis..
Dan Nangis…

MAKPAK JUGA NANGIS- sebab tak tawu nak wat apa bila AQiL NANGIS..



Siapa pernah lihat AQiL masa masih baby kecil… mesti perasan tanda / line dekat dahi dia [dah macam Harry porter ada tanda..hihi].. sekarang tanda itu masih boleh dilihat..lagi-lagi bila AQiL SEJUK lepas mandi [line tu memang terletak belah dalam kulit – macam urat] Masa AQiL baby- warna biru.. Sekarang- dah jadi merah…


*Alhamdulillah..line itu boleh dilihat bila kena cara kita lihat.. ada yang perasan..dan ada yang baru nak perasan..
Fizah harap tak la perasan sangat bila dah besar nanti…
AQiL HENSEM ok..

Fizah akan jawab –“ini line sawan tangis” Memang ada dari dia lahir…
 (bagi siapa yang perasan line tu)


Lagipon ada orang yang cakap itu line sawan nangis.. Fizah sebelum lahirkan AQiL..tak pernah dengar KES baby kerap menangis.. Tak pernah dengar pasal sawan tangis.. Bila lahirkan AQiL- Ada org cakap kat Fizah macamtu.. bila lihat AQiL tak henti menangis siang malam dalam ward…[Fizah 3 hari dalam ward bersalin – Sizer]


So..Pentingke Buaian Ni?!?!


Fizah berpantang rumah mak Fizah. Kat rumahtu.. memang ada buai untuk bayi (kami sekeluarga memang jenis pakai buai.. Fizah aja mengade tak nak..KONON),  buai last diguna oleh MAK USU AQiL.[ maksu sudah Darjah 1 pon sekarang]


Sepanjang Fizah berpantang.. Kerja hari-hari .. dokong AQiL.. BERGERAK.. sebab AQiL juga tak suka berhenti setempat.. Sebab gagah tidak mahu pakai buai.. kena la tahan…ikotkan hati memang tak nak galakkan DOKONG & Buai…TAPI ITU KATA HATI FIZAH.. HAKIKAT…? Masa kena berdokong mula-mula dulu- itu aja jalan terbaik nak bagi AQiL berhenti menangis… tak tergamak nak bagi AQiL kembung susu… Fizah yakin pasti ada hikmahnya kenapa jadi begini.. biar susah-susah dahulu, bersenang dikemudian hari..

Mana tahu bila AQiL dewasa, dia bakal jadi orang yang berbakti kepada ibubapa…
[[[ Tidak pakai buai = SUSAH  nak lenakan bayi bagi anak yang kerap nangis ]]]

Ada la 2 bulan macamtu Fizah tahan dokong AQiL.. sebenarnya tidak digalakkan taw sizer wat keje dokong-dokong ni.. Lagi pula AQiL badannya semangat,  karana kamu anak…  Ibu gagah jua..

Lepas habis berpantang Fizah sambung KE kerja… AQiL MASIH KERAP MENANGIS

Hari pertama Fizah hantar ke rumah pengasuh.. SUDAH BAGITAHU..

“Kakak letak aja AQiL atas tilam bila dia menyusu..boleh dia terus tido”

NAN HADO’

Fizah harap, AQiL tak menagis siang kerap sangat sebab dah beralih umor..
Rupanya..hampir 2 bulan kakak pengasuh jaga.. AQiL masih nangis-nangis tak boleh diletak..
(Fizah masa kat rumah, AQiL TIDO sebab sudah malam… dia terjaga, Fizah bagi susu..) dekat rumah pengasuh..takkan susu saja… kan..kan.. nasib baik la kakak memang sayang AQiL.. buat macam anak sendiri… 
tak susu..dia sanggup dokong…


Fizah rasa kasihan dekat kakak pengasuh.. kenapalah dia TAHAN jaga AQiL dengan hanya berdokong aja… rezeki AQiL dapat pengasuh penyayang… Fizah sendiri kurang sabar bila AQiL menangis.. Rasa penantnya pengasuh dokong AQiL.. Tapi dia tak pernah bagitahu nakkan buai untuk AQiL.. Fizah tahu AQiL masih kena berdokong 
masa balik kampong. Fizah ingat selama itu, AQiL SUDAH BAIK dari nangis-nangis siang…

Aihhh… bayangkan seharian AQiL NAK BERDOKONG AJA “kata kakak”.. acaner tu..??
[[[ Tidak pakai buai = SUSAH  kena guna kaedah dokong baby supaya dia terasa dibedung]]]
Slalu Fizah Tanya “Ok kakak jaga AQiL?” Kakak jawab “Ok saja..seronok layan AQiL”
Tak tahu pula Fizah seronok layan AQiL itu  MAKSUDNYA  AQiL rapat sangat dengan family kakak sebab asik dapat berdokong aja…Patut la hari minggu AQiL meragam kalau tak Fizah atau husben yang  kena dokong  dia waktu siang..

Masa Balik kampong HUSBEN tu… Fizah call kakak-tanya macamne dia jaga AQiL hari-hari..
Bajet Fizah mungkin AQiL penat berjalan jauh.. rupanya, itulah.. AQiL NAK BERDOKONG AJA selalu.. 
Masatu Fizah cakap kat Mak mertua..


FIZAH :   “maaf la mak, AQiL nangis-nangis.. buat mak tak selesa aja…”

MERTUA : “ tak bawak buai ke Fizah balik ni? Dia penat tu jalan jauh… tak selesa la tu..”
[[[ Ada Buai = SENANG bayi tido lebih lena ]]]

FIZAH :  “tak bagi pakai buai mak… ingat nak tido atas tilam aja..”


MERTUA : “ ishh ko Fizah, MENDERA AQiL TU!!  [Erkkkk? Apakah??? DERA?].. selesa ke  
dengar dia dok nangis-nangis macamni?? Kakak jaga macamner? 
Ko tak baik susahkan orang jaga anak ko tu.. 
Esok pergi cari buai”…

FIZAH: “ok”  [[[ Tidak pakai buai = SUSAH  kan orang yang jaga anak kita ]]] 
kalu dia baik hati..anak kita selamat.. 
kalu kurang  sabar, MELARAT

*Dari ayat MERTUA.. Fizah dah serba salah… Nak ikot kata hati @ Nak senangkan keadaan?

Akhirnya…

2 bijik buai ada untuk AQiL… [[atok jadikan hadiah untuk AQiL]]… satu atok beli untuk letak kat rumah kakak pengasuh.. usungla kami buai balik KL..

Sejak bagi buai kat “KAKAK”.. dia kata senang dia nak SOLAT… Nak masak..
Uhuh, berdosa Pulak Fizah sebab  susahkan dia dalam beribadat… SUSAHKAN anak dia tahan kelaparan akibat masak lambat.. sebab Jaga AQiL – Lagi bila Fizah terlewat ambil AQiL-jalan JEM..
 [[[ Ada buai = AQiL TIDO lama sikit ]]]  kakak guna masa untuk beribadat.. boleh masak awal bagi family makan malam..

HUHU..

Ikot korang la nak buai ke taknak.. yang pasti..

UNTUK ANAK YANG KERAP MENAGIS – ELOK BAGI DIA TIDO BERBUAI

Kalau masih juga MEMPERTAHANKAN DIRI” GAGAH” TAHAN LA”
Buatla korang sampai anak tak menangis..
Jangan pula nanti, sebab banyak sangat anak menangis…
Anak dapat sakit lain pula…

*sebaik pesan kat Husben, jangan beli lagi “BABY COT”.. tunggu anak lahir dulu..
kalau beli haritu, dah jadi hiasan sebab AQiL tak suka kena letak tanpa orang pegang..
BIJAK..BIJAK.. (SEDAPKAN HATI SEBAB PAKAIKAN ANAK BUAIAN)
Kekonon takot anak jatuh buai..takot terhantok dinding.. TAKOOOT…

Tapi apapun, Buai kena la guna dengan cermat.. Bukan bila sudah ada buai.. kita terus tinggal baby dalam tu..tanpa pengawasan..
TIDAK BOLEH OKEYY!!




NotA’qIL :   >> bai <<



Tiada ulasan:

Catat Ulasan