Selasa, 31 Mac 2015

Penyedut Hingus Bayi



Haritu pergi majlis aqiqah ipar… masa pergi haritu, AQiL  masih belum baik sepenuhnya dari selsema… Jadi sebab pergi lebih dari sehari, Fizah biasa akan bawak segala mendealah AQiL.

Termasuklah,
Penyedut Hingus Bayi AQiL.

Zaman Fizah dibesarkan, kami sekeluarga tak pernah beli mendelah ini..
Mak slalu akan sedut hingus guna mulut dia saja..

Fizah ada pengalaman lihat cara ini..bukan keatas Fizahla… tapi pada adik beradik yang lain..
Jadi, bila AQiL  lahir, Fizah terus cari penyedut ini…memandangkan pernah baca dalam blog tentang ia, jadi Fizah rasa bila gunakan penyedut ini, lebih sesuai untuk Fizah praktikkan… 
Fizah sebab sudah baca mengapa perlu gunakan alat ini, sebab itu Fizah lebih setuju untuk lebih menggunakan alatan berbanding buat ikot cara mak Fizah dulu..

Kedua-dua cara tetap kita kena guna sedutan mulut.. bezanya..
dengan adanya alatan macam penyedut hingus ini… peratusan untuk kita terkena jangkitan  penyakit yang sama adalah kurang… ini sebab alatan ini dapat manapis sedikit virus daripada masuk terus ke tekak kita apabila proses menyedut hingus dilalukan..

sekarang ada macam-macam bentuk penyedut hingus dipasaran…

semua ini dipanggil NASAL ASPIRATOR



jenis yang picit-picit
Fizah tak suka semua jenama yang jenis kena dipicit tangan- PENAT GUNA






NOSE FRIDA-Paling elok dari segi clinical sebab ada filter penapis virus didalamnya..
Fizah tak suka harganya-MAHAL- setiap kali guna kena tukar fliter-LECEH.





Jenis bercabang banyak 
Boleh guna cara pum tangan atau sedut melalui mulut






Yang Fizah Mampu miliki J

Fizah suka sangat yang ini - SENANG DIKENDALIKAN
Jenama PIGEON-MURAH pula



Fizah masih guna penyedut ini sekarang, bila AQiL ada hingus dalam hidung.. Fizah akan sedut guna penyedut ini..Dengan alat ini, baru Fizah dapati AQiL akan mudah bernafas semula… lagipon, tak baik kalau kita tak keluarkan kahak atau lendir hingus yang ada pada bayi kita.. boleh jadi jangkitan paru-paru bila ianya terlalu banyak terkumpul didalam badan..

Bayi kan tak pandai nak hembus hingus sendiri.. jadi MAKPAK atau penjaganya la yang kena tolong keluarkan… cuba bayangkan tanpa alatan ini..ADO MAMPU’ kamu-kamu semua nak sedut direct ke hidung bayi kamu, semata nak keluarkan hingus dia??!?!?

ADO MAMPU’

YA, memang mampu nak buat ikot cakap mulut…cuba try?

Fizah kekadang malas jugak nak amik penyedut ini bila nak pakai.. pernah saja terus sedut hidung AQiL… PENGALAMAN


Kaedah ini kurang berkesan sebab AQiL bergerak  gerak dan menyebabkan susah kita nak kawal. 
Mana nak sedut lagi..nak pegang lagi.. ha..
Inila yang Fizah kata tu.. virus anak otomatik terus ke tekak kita sebab terlalu banyak gangguan… 
silap-silap ada yang  terus tertelan…grupp..


Bila guna alat penyedut ini, lubang penyedut kecil, muat-muat hidung bayi.. kalau masukkan betul-betul ke hidung bayi dengan kemas, tiada udara luar dapat mengganggu proses sedutan dijalankan..memang kita kena pegang badan bayi jangan bagi dia meronta-ronta sampai boleh terkeluar corong dari lubang hidung bayi tersebut..jadi MAKPAK kena kuat sikit disini.. kena kuat MENTAL ok.



semua yang kita sedut terus saja pergi ke bekas kecil yang ada..kira bekas mengumpul hingus tu la… dan hingus tak akan berpatah balik jika kita pasang alat penyedut ini dengan cara yang betul…
Bukankah ia mudah?







Dengan ini dapat membantu bayi kembali selesa untuk bernafas…
Tergamak kah kita lihat bayi kita tersekat-sekat pernafasannya disebabkan MAKPAK geli nak sedut hingus baby? Inilah sebabnya kenapa  semua ibubapa perlu sediakan alat penyedut hingus macamini dirumah…MEMBANTU OK!

Lainlah Kalau korang yang jenis hingus cair sikit-sikit pon..pergi jumpa doctor…
Apo laghi Nak dikato.. Ye idak???


Bai



Nak simpan pon sonang Yo !!




NotA’qIL :  rasa duit tak mencukupi…April..Owh ApriL..










2 ulasan:

  1. Penyedut hingus
    pigeon tu memang ok sangat kan.Sy pun pakai itu je utk baby.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh sy tahu kat mne ye sis beli, farmasi ade ke??

      Padam