Selasa, 31 Mac 2015

Penyedut Hingus Bayi



Haritu pergi majlis aqiqah ipar… masa pergi haritu, AQiL  masih belum baik sepenuhnya dari selsema… Jadi sebab pergi lebih dari sehari, Fizah biasa akan bawak segala mendealah AQiL.

Termasuklah,
Penyedut Hingus Bayi AQiL.

Zaman Fizah dibesarkan, kami sekeluarga tak pernah beli mendelah ini..
Mak slalu akan sedut hingus guna mulut dia saja..

Fizah ada pengalaman lihat cara ini..bukan keatas Fizahla… tapi pada adik beradik yang lain..
Jadi, bila AQiL  lahir, Fizah terus cari penyedut ini…memandangkan pernah baca dalam blog tentang ia, jadi Fizah rasa bila gunakan penyedut ini, lebih sesuai untuk Fizah praktikkan… 
Fizah sebab sudah baca mengapa perlu gunakan alat ini, sebab itu Fizah lebih setuju untuk lebih menggunakan alatan berbanding buat ikot cara mak Fizah dulu..

Kedua-dua cara tetap kita kena guna sedutan mulut.. bezanya..
dengan adanya alatan macam penyedut hingus ini… peratusan untuk kita terkena jangkitan  penyakit yang sama adalah kurang… ini sebab alatan ini dapat manapis sedikit virus daripada masuk terus ke tekak kita apabila proses menyedut hingus dilalukan..

sekarang ada macam-macam bentuk penyedut hingus dipasaran…

semua ini dipanggil NASAL ASPIRATOR



jenis yang picit-picit
Fizah tak suka semua jenama yang jenis kena dipicit tangan- PENAT GUNA






NOSE FRIDA-Paling elok dari segi clinical sebab ada filter penapis virus didalamnya..
Fizah tak suka harganya-MAHAL- setiap kali guna kena tukar fliter-LECEH.





Jenis bercabang banyak 
Boleh guna cara pum tangan atau sedut melalui mulut






Yang Fizah Mampu miliki J

Fizah suka sangat yang ini - SENANG DIKENDALIKAN
Jenama PIGEON-MURAH pula



Fizah masih guna penyedut ini sekarang, bila AQiL ada hingus dalam hidung.. Fizah akan sedut guna penyedut ini..Dengan alat ini, baru Fizah dapati AQiL akan mudah bernafas semula… lagipon, tak baik kalau kita tak keluarkan kahak atau lendir hingus yang ada pada bayi kita.. boleh jadi jangkitan paru-paru bila ianya terlalu banyak terkumpul didalam badan..

Bayi kan tak pandai nak hembus hingus sendiri.. jadi MAKPAK atau penjaganya la yang kena tolong keluarkan… cuba bayangkan tanpa alatan ini..ADO MAMPU’ kamu-kamu semua nak sedut direct ke hidung bayi kamu, semata nak keluarkan hingus dia??!?!?

ADO MAMPU’

YA, memang mampu nak buat ikot cakap mulut…cuba try?

Fizah kekadang malas jugak nak amik penyedut ini bila nak pakai.. pernah saja terus sedut hidung AQiL… PENGALAMAN


Kaedah ini kurang berkesan sebab AQiL bergerak  gerak dan menyebabkan susah kita nak kawal. 
Mana nak sedut lagi..nak pegang lagi.. ha..
Inila yang Fizah kata tu.. virus anak otomatik terus ke tekak kita sebab terlalu banyak gangguan… 
silap-silap ada yang  terus tertelan…grupp..


Bila guna alat penyedut ini, lubang penyedut kecil, muat-muat hidung bayi.. kalau masukkan betul-betul ke hidung bayi dengan kemas, tiada udara luar dapat mengganggu proses sedutan dijalankan..memang kita kena pegang badan bayi jangan bagi dia meronta-ronta sampai boleh terkeluar corong dari lubang hidung bayi tersebut..jadi MAKPAK kena kuat sikit disini.. kena kuat MENTAL ok.



semua yang kita sedut terus saja pergi ke bekas kecil yang ada..kira bekas mengumpul hingus tu la… dan hingus tak akan berpatah balik jika kita pasang alat penyedut ini dengan cara yang betul…
Bukankah ia mudah?







Dengan ini dapat membantu bayi kembali selesa untuk bernafas…
Tergamak kah kita lihat bayi kita tersekat-sekat pernafasannya disebabkan MAKPAK geli nak sedut hingus baby? Inilah sebabnya kenapa  semua ibubapa perlu sediakan alat penyedut hingus macamini dirumah…MEMBANTU OK!

Lainlah Kalau korang yang jenis hingus cair sikit-sikit pon..pergi jumpa doctor…
Apo laghi Nak dikato.. Ye idak???


Bai



Nak simpan pon sonang Yo !!




NotA’qIL :  rasa duit tak mencukupi…April..Owh ApriL..










Isnin, 30 Mac 2015

LAYAR 9 : CHEF JELITA

Fizah tak ingat hari apa nengok cerita ini.. minggu lepas.. malam..


*Ini Cerita lama, ditayang kembali di TV 9.


Cerita ini, mengingatkan Fizah akan mereka-mereka yang suka sangat post-post kan resepi dalam internet…

Mereka ini postkan resepi… tanpa ada gambar ASLI’
[gambar asli disini ialah gambar dari dapur mereka sendiri]
[juga bermaksud gambar dari camera mereka yang original]



Bukan nak kata “mereka” ini sekadar “CHEF JELITA”..
COPY PASTE aja resepi pastu ambil gambar mana-mana entry sebagai Viewer GAMBAR…
untuk menunjukkan hasil menu tersebut..

Rata-rata, mereka sebenarnya bukan pandai dalam masak memasak ni.. tapi, bila dipost di internet..
NAMPAK la macam pandainya disitu…

NAMPAK PANDAI SUNGGUH SI DIA TU MEMASAK.. 
KALAH BETUL CHEF BERTAULIAH…

Hakikat, lebih ramai yang sekadar menjadi “CHEF JELITA disini..”
[entah: gambar asli juga adalah gambar LAKONAN SEMATA-Prop GITU…uhu]


Fizah juga chef jelita????

Hehe, Fizah memang tak pandai masak masakan yang bukan biasa Fizah masak..
Fizah juga bukan la JELITA’ macam pelakon AMYRA ROSLI tu…
Fizah hanya ibu dan isteri yang memang memasak untuk keluarga… itu sahaja…

Jadi, Fizah BUKAN chef jelita..HIHI.


Entry ini, adalah entry sesaja..

Iyalah, sekarang semua blog boleh kata mereka yang sediakan itu-ini… tapi kita tidak tahu..mungkin yang betul betul menyediakan itu..adalah siIBU, si KAKAK..tak kurang juga siIPAR DUAI…. DISEBABKAN tiada post video bergerak.. yang ada hanyalah gambar...


dan juga hanya ada patah perkataan..
Jadi, ada segelintir mereka ini suka menggunakan blog untuk TUNJUK PANDAI kepada semua..
Lebih lagi tunjuk pandai dalam bab-bab memasak ni..




Fizah bukanla nak marah.. bukan la sakit hati dengan blog-blog camni..
Malah Fizah sebenarnya amat berterima kasih kepada mereka yang selalu kongsi-resepi dalam internet ini..

Senang untuk Fizah jadikan rujukan..jadikan panduan..lagi-lagi bila nak try resepi baru…

Cuma Fizah agak terhibur bila ada yang kata “ini saya buat taw”Nampak sedapkan hasil kerja saya” hihi…tergelak jika melihat gambar yang asalnya dari web lain tapi… dikatakan hak ciptaan sendiri..

Itu saja..Fizah TERGELAK.. tak la marah….tak boikot pon!
( ilmu kan untuk dikongsi) Fizah paham…:)

SEKARANG KAN ADA MACAM-MACAM RAGAM ORANG… APA LAGHI NAK DIKATO’.


Ini semua Fizah buat..AMACAM sentap Tak ?!?!?! hehe.. lalala



NotA’qIL :           tak suka masak ramai-ramai..sesak rasa’






AQIL ADA BLOG





Sabtu, 28 Mac 2015

Jom Kita Raya



















AQIL ADA BLOG


Susu Owh Susu


Hampir sebulan sudah Misi Menukar Susu AQiL

Sekarang  lagi 3 hari sahaja nak April, nak start GST..
Sepanjang bulan ini, memang AQiL ada minum susu lain..

Fizah try kat AQiL susu – FERNLEAF 1-3 tahun (Biasa)..rupanya sedap susu ni..
EHEH, Fizah minum dulu sebelum bagi AQiL..
sebagai Ibu perlu la tahu macam mana rasa susu itu,
baru boleh bagi kat anak.. kan..kan…






AQiL bila minum fernleaf ni… dia macam nak lagi  nak lagi….. SEDAP,  Fizah tahu.
Susu DL rasa tak lemak sangat.. dapat yang fernleaf ni, memang macam kita minum fresh milk tu.. 
Pada Fizah FEARNLEAF ni memang kategori “MINUM SUSU”.
…yang Fizah suka, sebab walau ada rasa lemak-lemak  susu..FEARNLEAF manis, tak buat orang muak…



PERBEZAAN WARNA SUSU

* susu DUTCH LADY  kuning    FERNLEAF warna putih bersih



FEARNLEAF  adik beradik la dengan  ANMUM tu.. 
so sape yang ada minum tau la rasa yang Fizah cerita tadi..

Knape tak bagi try aja ANMUM??

Ok Fizah jawab…









M.A.H.A.L.





Itu aja,
Fearnleaf category murah.. macam DL… murah..
kalo nak yang mahal, adik beradik DL ni si FRISO tu… Ha’Mampu??

Hal susu ni, mungkin ramai yang tak pernah tahu akan adik-beradik susu itu kan..
Fizah sebab selalu sangat duduk lama-lama kat ruang susu supermarket..
suka terbelek-belek susu…(bukan nak beli pon)
suka kira-kira harga susu..
Lepastu  kan ada kadang-kadang orang yang suka dok bagi sample-sample susu tu..


Yang kalo kita tengok, apron dia ada tulis nama susu ke syarikat ke..

(TAK PON  ADA TULIS KAT BAJU DIA)
macam yang jual kat expo baby tu...

Fizah akan pergi dekat, pastu off cos la dia bagi rasa susu tu kan.. pastu Fizah mula la tanya..


Cara Fizah macamni..
Contoh :
APRON budaktu tulis - SUSU NAN
Sudah tentu la dia kena promote  SUSU NAN.
Fizah juga pernah dengar susu ini ada bifidus.. elok untuk penghadaman..
 sapa yang takot anak kena cacing.. boleh try susu ini.. ala, macam kita minum kultur Yakult tu..
ADA kulture  hidup  KAT DALAM DIA..

Okey, biar budak apron  tu terang panjang lebar SUSU NAN.. pastu bila dia kata nak beli??

Fizah akan buat macamni..
SUSU NAN mahal la adik… akak tak..bla..bla..bla…
Akak kalau boleh nak yang murah sikit..
tak ada ke yang murah sikit dik??

 [Maseni Fizah guna kaedah  nama syarikat/JENAMA pulak]
SUSU NAN jenama NESTLE.. Fizah akan Tanya..
Nestle knapa la tak keluarkan susu murah-murah sikit.. kesian bagi mereka yang…bla..bla..bla..

HAAAA..

Maseni la BUDAK SUSU  NAN tadi  akan terus cari susu yang sama ngan syarikat dia..
Akak try la LACTOGEN .. dari NESTLE juga…susu ini murah akak..  kalau akak rasa yang NAN mahal..akak try la yang ni.. “sAya tak boleh la promote sangat Lactogen.. sebab TENGAH pROmote NAN’” tapi 
sama aja syarikat susu ini kak..kilang aja lain lain..

Dari situ Fizah tahu.. Kebanyakan company susu..pasti akan jual satu jenama MAHAL..satu lagi jenama MURAH SIKIT… Cuma memang yang MAHAL rasa lain sikit dari yang murah tu..,biasanya dia akan RASA 
BETUL-BETUL SUSU..




Apapon, pada Fizah SUSU TETAP KENA TENGOK KESESUAIAN ANAK….
Mahal ke murah, terpulang pada masing-masing…
Kat atas tadi contoh nak tahu adik beradik susu..

Jadi sudah bertukar ke susu AQiL?
Kata sudah minum FEARNLEAF… jadi tukar ke??

JAWAPANNYA

AQiL TAK BERTUKAR KE FEARNLEAF.

Habistu, kata dah minum pon susu tu..
Ya, Fizah bagi AQiL cuba FEARNLEAF…
ok, sesuai juga dengan AQiL.. berak cantik… tak muntah..tapi,

Sesuai sabagai susu ke-2 AQiL..

[[...ada packing kecil -boleh la beli bila tersesak tiba-tiba
Contoh:lupa bawak susu masa ziarah member..boleh beli fernleaf packing kecil ni..MURAH.]]

Habistu AQiL MINUM SUSU APA SEKARANG????


Susu Utama dia APA??


Nantilah Fizah sambung..

Tungggguuuuuu…


NotA’qIL :           ..terasa sungguh dah nak raya… puasa ganti belum tunaikan lagi ni..








Khamis, 26 Mac 2015

Mak Nak belender..Blender sudah pecah…



Alahai mak Fizah..Kesian pula dengar dia tengah mencari belender…
Siap ajak pergi TESCO.. tahu pula dia tengah ada diskaun kat Tesco tu..

Apa mak..kedai depan rumah tak buat sale ke? Nak GST ni kan..kan..???

Tak laku nanti.kikiki…

Mak Fizah sedang cari blender baru…
Kat rumah tu..ada 2 belender
Satu Fizah guna  untuk memasak masakan harian….
Blender cili..kunyit..bawang… ais…yang multi task lah katakan…

Satu lagi, Fizah pulak tak brani nak bagi dia multi task… 
Fizah guna hanya untuk blender bubur AQiL… 
jadinya sekarang…dah lama ia jadi perhiasan…
(AQiL sudah makan macam Mak Pak nye sekarang)


Sebab mak perlu guna sangat belenderFizah bagi mak satu !!! 

Nah!






 Blender hijau Fizah selalu guna…MULTITASK… KUKUH…TERASA GUNA BLENDER..
Greeengggg… Breenngggg… Breengg…Greeeeenngggggggggg
 [tapi mamanyer dah pecah..macamni jugak – sebaik bertahun dah guna-boley laaa-tahan la jugak tu namanya]

Blender Paling Mesra Fizah…buat masa ini..
Pengalaman dulu tak suka  & takot bila nak kena blender sesuatu…
Dulu fizah hanya gunakan lesung batu bila nak lenyek sesuatu…
Mama yang selalu guna blender macamni jadi Fizah memang tahu jenis Hijau ni..
memang tahan lama!

Kat kampong pon guna blender bersuiz yang macamni… 
memang boleh dengar satu rumah bila tengah blender…

Lepas kawen, Fizah dapat 2 blender diatas…
Duduk sendiri, itu yang blajar guna blender…  (lesung tetap i setia ok)
Fizah tetap suka lagi yang warna Hijau ni…



Blender Kelabu, design moden.. suis tekan macam tak rasa je… MACAM TAK RASA KITA 
TENGAH BLENDER… Fizah jadi was-was.. tak brapa nak syookk!!! Tekan sedalamnya suis 
kalau guna blender kelabu ini.. sebab tak yakin blender dah bergerak..huhu..



Penat taw guna blender kelabu ini..penat “MENEKAN”… habis tenaga dipakai..




Blender bila kita beli yang set, mesti ada sekali yang kecik sikit saiz blender tu…

Buat blender rempah orang kata… yang kecikni, Fizah juga suka yang warna hijautu..
Senang nak buka dan tutup balik.. senang nak uruskan… Kalau yang kelabu punya… bila nak bukak aja..mesti jari terkena-kena tepi-tepi bekas tu.. SAKIT TAW!! Buat orang jadi lambat pulak kerja sebab asik terkena-kena aja jari tu bila nak bukak atau tutup..




Part penutup belender belah atas pon, Fizah suka lagi yang HIJAU.. cuba lihat.. boleh buka besar kan?? Kalau nak blend ais..masuk-masukkan aja.. main cak-cak kat situ tanpa perlu tutup suis..
Yang kelabu ni, nak tambah apape masa nak blend..kena tutup suiz… bukak seluruh penutup..pastu onn balik suiz.. HAIYAAA… manyak lemah lembot wooo..




Pokoknya disini..Fizah tak suka sangat blender style macam kelabu ini…
Walaupon yang kelabu merupakan jenama terkenal..PANASONIC… ia tak MESRA untuk Fizah... LECEH..  guna lebih banyak masa sebab kena terlalu berhati-hati… part nak basuh bilah pisau 
tu… alemak… silap sikit..berdarah kulit jari..ouchhh



Atas factor tidak MESRA disitu, Fizah dengan senang hati….

BAGI MAK FIZAH BELENDER HIJAU KESAYANGANKU - >PENSONIC.

Sebab Fizah kesian kat mak, dia sudah biasa masak nak berbelender…
Lagi-lagi bila dia buat LAKSA FAVOURITE  FIZAH!!  Seeeeedaaappp..nyum..nyum… J
Buat apa bazir duit nak beli belender.. Fizah kan ada 2 blender… tak usah la membazir…


Bila dah bagi dekat mak belender hijau, maknanya Fizah kena la pakai yang kelabu..
(tak pe, slow-slow pakai- walaupon tak minat- insyaallah) tapi, bagus jugak daripada asik jadi hiasan aja.. barangan elektrik ini, kalau simpan lama tak dipakai..boleh juga rosak tiba-tiba..

Dari jadi rosak tanpa pernah pakai… baik kita gunakan dengan sehabis baik…
Bila saat dah rosak nanti… ada la jugak rasa berbaloi disitu..

TATA



NotA’qIL :         …”Jangan pernah hina masa lalunya, kerana kita tidak tau masa depannya”…              



                                


Rabu, 25 Mac 2015

BUAIAN BAYI – Memudahkan @ menyusahkan ?



Siapa nak beli buaian terpakai?




Mahu?



Anda ke?




Mahu???





Niat hati Fizah, dari masa AQiL didalam perut lagi… NO BUAIAN DI RUMAH!! Muktamad!!!




TOK MAK AQiL :  Nanti belikan buai… senang nak tidokan baby .. bia dia lena macam masa 
dalam perut ni.. terbuai-buai macamtu..


FIZAH : ..tak nak la mama, nak biasakan tidak guna buai.. letak kat bawah aja.. senang tak payah 
nak enjut-enjut .. letak aja baby sudah boleh tido..kat mane-mana pon boleh 
nanti tak yah nak angkut-angkut buai…

[Mak Fizah ada berpesan masa lagi Sebulan AQiL nak “tarikh kelahiran”]




SELAMAT  AQiL LAHIR

Kami ada pengalaman “SAWAN TANGIS”

Kalau nak tahu, AQiL ada sakit menangis tak tentu masa… dari hari lahir dia, AQiL memang tak boleh diletak atas tilam tanpa menyusu.. tidak boleh pakaikan pakaian secara teratur, senyap dan sunyi diatas lantai atau tilam.. semua kena buat sepantas kilat lepastu kena cecepat dokong dia… Tidak boleh kita pergi mana-mana berlenggang…nak mandi ke makan ke.. kita kena dokong dia sekali.. Hanya bila didokong,baru AQiL SENYAP..

Bila TIDO – SENYAP..tapi seminit ke setengah jam aja..
Lepastu… siang ke.. malam ke…
Menangis..
Nangis..
Dan Nangis…

MAKPAK JUGA NANGIS- sebab tak tawu nak wat apa bila AQiL NANGIS..



Siapa pernah lihat AQiL masa masih baby kecil… mesti perasan tanda / line dekat dahi dia [dah macam Harry porter ada tanda..hihi].. sekarang tanda itu masih boleh dilihat..lagi-lagi bila AQiL SEJUK lepas mandi [line tu memang terletak belah dalam kulit – macam urat] Masa AQiL baby- warna biru.. Sekarang- dah jadi merah…


*Alhamdulillah..line itu boleh dilihat bila kena cara kita lihat.. ada yang perasan..dan ada yang baru nak perasan..
Fizah harap tak la perasan sangat bila dah besar nanti…
AQiL HENSEM ok..

Fizah akan jawab –“ini line sawan tangis” Memang ada dari dia lahir…
 (bagi siapa yang perasan line tu)


Lagipon ada orang yang cakap itu line sawan nangis.. Fizah sebelum lahirkan AQiL..tak pernah dengar KES baby kerap menangis.. Tak pernah dengar pasal sawan tangis.. Bila lahirkan AQiL- Ada org cakap kat Fizah macamtu.. bila lihat AQiL tak henti menangis siang malam dalam ward…[Fizah 3 hari dalam ward bersalin – Sizer]


So..Pentingke Buaian Ni?!?!


Fizah berpantang rumah mak Fizah. Kat rumahtu.. memang ada buai untuk bayi (kami sekeluarga memang jenis pakai buai.. Fizah aja mengade tak nak..KONON),  buai last diguna oleh MAK USU AQiL.[ maksu sudah Darjah 1 pon sekarang]


Sepanjang Fizah berpantang.. Kerja hari-hari .. dokong AQiL.. BERGERAK.. sebab AQiL juga tak suka berhenti setempat.. Sebab gagah tidak mahu pakai buai.. kena la tahan…ikotkan hati memang tak nak galakkan DOKONG & Buai…TAPI ITU KATA HATI FIZAH.. HAKIKAT…? Masa kena berdokong mula-mula dulu- itu aja jalan terbaik nak bagi AQiL berhenti menangis… tak tergamak nak bagi AQiL kembung susu… Fizah yakin pasti ada hikmahnya kenapa jadi begini.. biar susah-susah dahulu, bersenang dikemudian hari..

Mana tahu bila AQiL dewasa, dia bakal jadi orang yang berbakti kepada ibubapa…
[[[ Tidak pakai buai = SUSAH  nak lenakan bayi bagi anak yang kerap nangis ]]]

Ada la 2 bulan macamtu Fizah tahan dokong AQiL.. sebenarnya tidak digalakkan taw sizer wat keje dokong-dokong ni.. Lagi pula AQiL badannya semangat,  karana kamu anak…  Ibu gagah jua..

Lepas habis berpantang Fizah sambung KE kerja… AQiL MASIH KERAP MENANGIS

Hari pertama Fizah hantar ke rumah pengasuh.. SUDAH BAGITAHU..

“Kakak letak aja AQiL atas tilam bila dia menyusu..boleh dia terus tido”

NAN HADO’

Fizah harap, AQiL tak menagis siang kerap sangat sebab dah beralih umor..
Rupanya..hampir 2 bulan kakak pengasuh jaga.. AQiL masih nangis-nangis tak boleh diletak..
(Fizah masa kat rumah, AQiL TIDO sebab sudah malam… dia terjaga, Fizah bagi susu..) dekat rumah pengasuh..takkan susu saja… kan..kan.. nasib baik la kakak memang sayang AQiL.. buat macam anak sendiri… 
tak susu..dia sanggup dokong…


Fizah rasa kasihan dekat kakak pengasuh.. kenapalah dia TAHAN jaga AQiL dengan hanya berdokong aja… rezeki AQiL dapat pengasuh penyayang… Fizah sendiri kurang sabar bila AQiL menangis.. Rasa penantnya pengasuh dokong AQiL.. Tapi dia tak pernah bagitahu nakkan buai untuk AQiL.. Fizah tahu AQiL masih kena berdokong 
masa balik kampong. Fizah ingat selama itu, AQiL SUDAH BAIK dari nangis-nangis siang…

Aihhh… bayangkan seharian AQiL NAK BERDOKONG AJA “kata kakak”.. acaner tu..??
[[[ Tidak pakai buai = SUSAH  kena guna kaedah dokong baby supaya dia terasa dibedung]]]
Slalu Fizah Tanya “Ok kakak jaga AQiL?” Kakak jawab “Ok saja..seronok layan AQiL”
Tak tahu pula Fizah seronok layan AQiL itu  MAKSUDNYA  AQiL rapat sangat dengan family kakak sebab asik dapat berdokong aja…Patut la hari minggu AQiL meragam kalau tak Fizah atau husben yang  kena dokong  dia waktu siang..

Masa Balik kampong HUSBEN tu… Fizah call kakak-tanya macamne dia jaga AQiL hari-hari..
Bajet Fizah mungkin AQiL penat berjalan jauh.. rupanya, itulah.. AQiL NAK BERDOKONG AJA selalu.. 
Masatu Fizah cakap kat Mak mertua..


FIZAH :   “maaf la mak, AQiL nangis-nangis.. buat mak tak selesa aja…”

MERTUA : “ tak bawak buai ke Fizah balik ni? Dia penat tu jalan jauh… tak selesa la tu..”
[[[ Ada Buai = SENANG bayi tido lebih lena ]]]

FIZAH :  “tak bagi pakai buai mak… ingat nak tido atas tilam aja..”


MERTUA : “ ishh ko Fizah, MENDERA AQiL TU!!  [Erkkkk? Apakah??? DERA?].. selesa ke  
dengar dia dok nangis-nangis macamni?? Kakak jaga macamner? 
Ko tak baik susahkan orang jaga anak ko tu.. 
Esok pergi cari buai”…

FIZAH: “ok”  [[[ Tidak pakai buai = SUSAH  kan orang yang jaga anak kita ]]] 
kalu dia baik hati..anak kita selamat.. 
kalu kurang  sabar, MELARAT

*Dari ayat MERTUA.. Fizah dah serba salah… Nak ikot kata hati @ Nak senangkan keadaan?

Akhirnya…

2 bijik buai ada untuk AQiL… [[atok jadikan hadiah untuk AQiL]]… satu atok beli untuk letak kat rumah kakak pengasuh.. usungla kami buai balik KL..

Sejak bagi buai kat “KAKAK”.. dia kata senang dia nak SOLAT… Nak masak..
Uhuh, berdosa Pulak Fizah sebab  susahkan dia dalam beribadat… SUSAHKAN anak dia tahan kelaparan akibat masak lambat.. sebab Jaga AQiL – Lagi bila Fizah terlewat ambil AQiL-jalan JEM..
 [[[ Ada buai = AQiL TIDO lama sikit ]]]  kakak guna masa untuk beribadat.. boleh masak awal bagi family makan malam..

HUHU..

Ikot korang la nak buai ke taknak.. yang pasti..

UNTUK ANAK YANG KERAP MENAGIS – ELOK BAGI DIA TIDO BERBUAI

Kalau masih juga MEMPERTAHANKAN DIRI” GAGAH” TAHAN LA”
Buatla korang sampai anak tak menangis..
Jangan pula nanti, sebab banyak sangat anak menangis…
Anak dapat sakit lain pula…

*sebaik pesan kat Husben, jangan beli lagi “BABY COT”.. tunggu anak lahir dulu..
kalau beli haritu, dah jadi hiasan sebab AQiL tak suka kena letak tanpa orang pegang..
BIJAK..BIJAK.. (SEDAPKAN HATI SEBAB PAKAIKAN ANAK BUAIAN)
Kekonon takot anak jatuh buai..takot terhantok dinding.. TAKOOOT…

Tapi apapun, Buai kena la guna dengan cermat.. Bukan bila sudah ada buai.. kita terus tinggal baby dalam tu..tanpa pengawasan..
TIDAK BOLEH OKEYY!!




NotA’qIL :   >> bai <<