Jumaat, 11 Disember 2015

Bila anak kecil kita ada ADIK baru


Wah tajuk!!!!


Fizah buat masa ni belum pon preggy lagi..
[[sengih kambing]]

Insyaallah ada rezeki
Terima dengan hati yang gembira.


Ni Cuma nak cerita tentang anak anak kecil
Yang belumpon masuk zaman persekolahan
Dah ada ahli baru dalam keluarga dia…

Sudah mempunyai ADIK!




SENTAP KEr ???




Usah la begitu….
Fizah nak story kisah kaitannye dengan AQiL NI…



Umur AQiL sekarang baru 2 tahun 2 bulan…
Fizah bersalinkan AQiL secara Operate
CEASER-belah perut.

Pernah dinasihatkan oleh doctor yang sambut kelahiran ritu…
Supaya paling tidak nak dapatkan baby lagi..
Dalam tempoh anak yang lahir tadi sudah cecah umurnya 3 tahun..


*Kita ni orang Islam-rezeki anak adalah urusan Allah…


Mana tahu dapat anak LAGI tak sampai pulak tempoh yang dicadangkan tadi…
Nak nak pulak baru baru lepas pantang pon dah tambah anak lagi…
Tak kan kita nak kata TAK MAHU!
Tak kan nak tolak ketentuan Allah yer dak???



Merancang nih ada yang kata tak baguspon untuk dilakukan…
Bukan apa,
Rancang itu ini…karang terus tak dapat dapat anak…lagi satu halnyer…


Merancang dalam Islam pula,
Sering dikaitkan dengan hal susuan ibu…
MENYUSUKANLAH ANAK KECIL KAMU PALINGTIDAK UNTUK TEMPOH 2 TAHUN PENYUSUAN SUSU IBU YANG OPTIMUM

Sebabtu ada yang kata menjarakkan anak itu adalah tuntutan Islam,
Supaya anak itu tadi betul betul dapat khasiat susu ibunya sepanjang tempoh 2 tahun itu..
Tanpa perlu disekat sekat jika ibu mengandung lagi dalam tempoh yang sama….


(ada kes bila ibu sah preggy lagi-tak boleh susukan lagi anak yang awal tadi- takut Rahim tak kuat lalu gugur, Kesian kat anak tu tadi.. )


Jadi hal anak kelahiran preggy nih
Biarlah semuanya urusan yang maha ESA
Percaya dengan QADAR & QAda yang dah ditetapkan olehNya….
Insyaallah…



++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++




Berbalik kaitanya dengan AQiL
Sekarang sudah sebulan AQiL menjadi abang tak langsung..
Sebabnya, Kakak yang jaga AQiL
Dah jaga jugak bayi baru…. Bayi gurl gurl…



Sebelumni,
ADRA sedara AQiL pon baru lahir juga..
Jarak antara mereka adalah tempoh setahun…

Kat Langkawi ritu,
Itu lah baru jugak AQiL BELAJAR
Belajar terima kehadiran budak lebih kecil dari dia…
Tapi sebab ADRA full time dengan ibunya
Jadi AQiL hanya sedar tak sedar sahaja kewujudan ADRA nih..
AQiL MASIH total RASA DIA PALING BAYI’’’


Paling disayangi..
Paling diperhatikan..
Paling dilayankan….


Kat rumah kakak sebelum adanya bayi ini juga…
AQiL LAH SEGALANYA
Kiranya dia rasalah dia TOTAL BAYI..
Paham kan maksud Fizah

Nak describkan budak kecit yang berstatus tunggal lagi macamner kan…
kan…



++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Bukanlah nak kata bila ada bayi baru ini
AQiL DAH DIPINGGIRKAN…
BUKAN!!!
Cuma dia seakan pelik la..

Dah tentunya bayi lebih lagi kita nak kena uruskan..
Bukan begitu??


Jadi,
Sudah sebulanni…
Pelan pelan AQiL BELAJAR…
Belajar untuk menerima kehadiran bayi..
Atau lebih tepat lagi…
AQiL BELAJAR BAHAWA ada lagi budak lebih kecil dari dia..
Ada lagi budak yang lebih perlu diuruskan itu ini dari diri nya….


ALHAMDULILLAH,
Kehadiran bayi ini,
Buat AQiL ADA nilai nilai ABANG’ yang tinggi…

Secara tak langsung AQiL MENJADI SANGAT PENYAYANG…
Menjadi sangat perihatin…
Menjadi sangat BERTANGGUNGJAWAB- ikot situasi umur dia lah…


Nak jadi abang abang betol pon,
Bukan fulltime ada bayi dekat dia…
[BUKAN ANAK FIZAH KAN..KAN..]
Jadi masa siang kat rumah kakak
AQiL jadi abang secara tak langsung


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++








Hari first baby datang rumah kakak,
AQiL geli geli jer nak pegang - gambar snap mula mula jumpa pada pagi tu
Sebab bayi kan gerak gerak


AQiL PELIK JER SEHARIAN TU





Hari first tu – masa petang Ibu bayi nak ambil bayinya
AQiL MERAUNG
AQiL TERASA BAYI itu diculik oleh maknyer…

Puas AQiL suruh KAKAK pegang bayi-jangan bagi kat maknyer…

Hihihi-begitu sekali ko AQiL- FIRST TIME jaga bayi kecil

[Fizah cakap AQiL JAGA sebab AQiL seharian duduk dekat bayi tak bagi orang lain pegang & kacau]



++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++




Jadi sekarang AqiL SUDAH LEBIH menerima akan kehadiran seorang bayi kecil…
Dia dah paham dah…
Dia tak semestinya akan kecil selamanya…


Ada jugak Fizah perasan AQiL SEAKAN MERAJUK




Kerap aja nak berdokong sekarang bila Fizah datang nak ambilnya waktu petang..
Slow slow Fizah explain…


AQiL DAH 2 TAHUN- TAK BOLEH DOKONG selalu…
Mama tak larat…AQiL DAH BESAR-berat.

Baby tak boleh jalan lagi- Ibu kena dokong
Sian baby nangis tak dew sapa nak pegang….



AQiL paham kadang kadang…bergantung pada mood dialah…
Fizah tahu dia macam jeles ngan bayi,
tapi tak reti nak cakap kenapa dia tak didokong lagi…


macamtu lah kan Fizah rasa…
Bila kitani nak nak dapat lagi anak..
Pasti anak yang lebih terdahulu itu akan merasa sedikit jeles…



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



AQiL lebih biasa bergaul dengan budak lebih dewasa dari dia…
Anak kakak yang kecil sekali tu sudah bersekolah rendah…
Sebabtu AQiL tak biasa dengan bayi bayi…


Ada bagusnya jugak kakak menjaga bayi kecil ini
Dari satu sudut lainnya,
Mungkin esok lusa kami ada rezeki nak tambah anak lagi…
AQiL TAK LA CANGGUNG

Nak pegang ke..dengar bayi nangis ker…
AQiL juga secara tak langsung belajar untuk lebih berlembut…
Tak la dia kejutan budaya pulak nanti…


Insyaallah ada rezeki...





++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++




NotA’qIL : Apapun, anak orang memang tetap sebagai anak orang… begitu juga dengan adik beradik…air dicincang tak akan pernahnya putus… tak seperti adik abang orang lain yang sampai masanya akan ada batas batasannya yang perlu dijaga..dihadkan…












Tiada ulasan:

Catat Ulasan