Khamis, 29 Oktober 2015

LANGKAWI :: 26 July 2015, Sunday : Perjalanan Pergi…



Fizah sejak HARI RAYA ritu, belum ambil cuti lagi SEBENARNYA…
Sebab memang nak kumpul untuk cuti Langkawi ni lah..
Baru dapat enjoy lame sikit cuti tu..Pandai tak? kihkihkih

Kami Cuma drive 3 kereta gerak dalam kul 8 pagi lepas sarapan dari KL…
Ada 2 cara nak ke LANGKAWI

JETI KUALA KEDAH – Uda kami tak galakkan sebab katanya lama nanti duduk kat dalam bot
                                       [al maklumlah ada 2 anak anak kecil ikot sekali trip ni]

Jadi kami pilih pergi melalui

JETI KUALA PERLIS – alah tak jauh pun dari jeti kedah tu
                                     Seluas bendang bendang yang ada di Kedah-Perlis  je jauh nya..
                                      dari jeti ini, perjalanan atas bot tu makan sejam jugak la Fizah kira
                                      nak sampai ke Langkawi tu...


Agaga

SABAR’..nak bercuti best kan... SABAR...


KOS PERJALANAN pergi : minyak kereta /Tol/ Jajan  =  150 satu kereta



 muka ceria dapat ikot ke Langkawieeeeeeee......


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Sampai JETI KUALA PERLIS dalam kul 1 tghri
Sebab tak jem- cuti raya dah lepas kan…
Alhamdulillah..

Sampai je jeti, rupanya kena pilih samaada

NAK BAWAK KENDERAAN KE DALAM LANGKAWI/
NAK PARKING BUMBUNG/PARKING TERIK MATAHARI



OKEY,


NAK BAWAK KENDERAAN KE DALAM LANGKAWI
-          Ini memang tidak la, sebab sape yang nak kene booking pelayaran dulu,
-          Sediakan dulu lessen insurans bagai dgn pihak bot, baru boley taw
-          Memang mahal gilers- katanya cecah ribu gak.. sebab bawak masuk kereta kite sendiri la kan…


NAK PARKING BUMBUNG/PARKING TERIK MATAHARI
-          Kami bukan apa, sebab pergi 3 hari jadi tak sanggup la nak letak terbiar gitu kereta bawah panas terik,
tak ada orang jaga pulak pon
-          Jadi pilih yang berbumbung – memang mahal sikit, yang pasti ada tukang jaga
[kalo jadi apa-apa kita boleh aja cari mereka ini]
-          Apapun kena pilih orang yang memang permanent jaga bukan yang takat ulat ulat tu ok.


Fizah tengok sape yang jaga parking pakai jacket Hijau camni..berlegar legar ngan moto...
pantang nampak kereta muncul area sini..
cepat jer nyapa...
Gigih betol cari Rezeki'
BAGUS.



Dari terminal jeti, mungkin rezeki kami sebab kebetulan BOT LANGKAWI TU dalam kul 2 baru ada,
Dan tiket memang masih ada lagi masetu.. jadi kami tak banyak terbuang masa di jeti nak menunggu nunggu gitu…



kaunter tiket- beli jer mana mana-kami beli mana yang paling awal ketibaannya



Tepat kul 2, bot pelayaran muncul…
Series okey
AQiL 2 Tahun dah dapat naik bot penumpang,
Dengan environmentnyer yang kene melangkah besar besar divider divider kat dalam bot tu...
Sebaik Fizah memang pakai seluar
Mudah sikit nak panjat panjat bagai…

Sekali langkah ke pintu bot jer dah terhuyung hayang
Cer bayangkan…kalo Fizah bermaxcy bagai…ololo..




Itulah pengalaman kami sekeluarga dapat naik bot sama-sama
Fizah nak kata baru- pernah jer naik FERI PENENG tu..
Slalu jugak, Cuma kali ini naik bot-barangan kene kumpulkan satu tempat
Tak boleh nak letak kat tepi tepi badan kita
Rasa kureng skit kat situ…


Dan ternyata pengalaman naik bot Langkawi ni
Korang memang kena hati hati dengan bag kesayangan korang
Kemungkinan dicuri itu peratusannya terlebih tinggi…


Sebab
Ni Fizah cerita ya suasana naik bot…


Setiap penumpang mesti duduk di kerusi masing masing [ada nombor seat]
Dan semua bagasi bagasi hendaklah diletakkan di tempat letak bagasi
dan ia berada di area pintu masuk bot

Cer korang bayangkan yang bawak 3 4 bag tu…untuk dia seorang…
Pastu pulak bag bag korang tu sepesen jer ngan bag penumpang lain….
Letak bertindih tindih kat kawasan bagasi…


Sekali naik bot,
Semua seat ada penumpang..kiranya memang berlambak la bag bag kat area pintu masuk tu kan..
Dan KENAPA Fizah tak suka
Bila korang dapat seat yang nunnnn di penghujung bontot bot…
Atau korang kena duduk seat paaaaalinggg depan sekali..
Kat hujung bucu boat tu…


SIAPA YANG NAK JAGA BAG BAG KORANG? SIAPA….? LALALA…..


Nota : Fizah tak pasti sebenarnya kita boleh ke pilih pilih nombor seat ni masa beli tiket tu?


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Pastu Fizah tak suka jugak, hal bot ni
Bila dah nak sampai ke Langkawi itu sendiri…

Pintu keluar masuk, itu lah satu jer….
Korang pasti paham kene beratur kan nak keluar…

Kenapa Fizah tak suka
Sebab time ni la, kita tak tahu kalo kalo
Ada yang tersilap ambil bag bag kita…
Sapa yang berada kat area dekat ngan pintu, insyaaalah la bag bag dia selamat…

Tapi siapa yang dah la dapat seat hujung sekali… nak tunggu turn sampai ke pintu tu…
Cer bayangkan korang
Bila sampai sampai je pintu…tak kelihatan langsung satu bag pon..
Nangis tak korang???


Nak kerjar jerit jerit??

Tahu ke sape yang mengambilnya?
Tah si penumpang yang paling awal keluar atau pertengahan keluar…

Lama tau nak tunggu turn keluar dari bot ni…
Jangan main korang…
Sapa ngan bawak baby baby lagi…
Ngan bawak kanak kanak lagi..
Tu semua kena perati betol betol…


rupanya kami dapat  nombor seat memanjang camni...
terpisah pisah lorong...
bila bergambar nampak klakar pulak sebab memanjang camtu jadinya


sory kuality gambar tak cantik gegaran bot kan




Solution kami sekeluarga:

Disebabkan keadaan naik bot macam tu…
Along rela la amik tugas jadi penjaga bag…
Dimana dah nak Nampak jer daratan Langkawi tu…
along cecepat pergi asingkan bag bag kami
dia alih letak kat ruang yang tepi sikit  je dari tempat kumpul bagasi ramai ramai tu..


tak pew kami semua keluar yang paling terakhir..
asal kesemua barangan kami dah dikumpulkan kat sudut yang berbeza itu…


jadi tiada la masalah tertukar bag
atau bag kene curi…


BARU LA MELANGKAH KE TANAH LANGKAWI DENGAN HATI YANG GEMBIRA…



NotA’qIL : Itu semua baru cerita intro kan..kan…EHEH.. esok la sambung.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan