Selasa, 2 Jun 2015

Nisfu Sya’ban – setiap 15 Sya’ban dalam kalender Islam.


1/6/2015 (Isnin) – Maghrib harinya jatuh tepat pada tarikh Nisfu Sya’ban.

Maksudnya, hari ini start aja magrib semalam..
Fizah dan seluruh umat ISLAM,
Telah bertukar “BUKU BARU AMALAN KITA DI DUNIA INI”

Tahun ini, agak mudah untuk kita kira, sebab..
Nisfu Syaban jatuh pada Tarik betul betul masuknya bulan Jun 2015.
15  Sya’ban 1436.

Tapi,
dalam waktu tak sampai lagi kita genap 2 hari berbuku baru..
(kalu dikira sekarang, time Fizah sedang taip ini)
Adakah mudah juga untuk kita mengira amalan amalan yang telah kita lakukan???
Sepanjang tempoh tak sampai 2 hari ini.?


Semua tahu,
Bulan lepas seakan Fizah tiba-tiba hilang dalam dunia Blogging ini…
Cuma ada satu sahaja entry…

Entry Fizah pula,
Seperti sesuatu yang tampak tidak menyeronokkan..
Seperti “SESUATU”

Ya, memang Fizah diduga..baik dan buruk.

Fizah melalui pengalaman dan pembelajaran yang amat baru..
Mungkin ada sebabnya…
Mungkin juga adalah hint’ pertanda bakal ahirnya “BUKU CATATAN FIZAH TAHUN LEPAS”


Maka dikesempatan ini, 
Banyak nasihat berkata..
Bermaaf maafan la sesama kita atas setiap perkara yang telah berlaku pada tahun lepas…
Bacalah Yasin dan berdoa…
Buatlah hajat..


Mulakanlah buku baru kita dengan sesuatu yang baik..
Yang lebih diberkati..
Yang lebih memberi kebaikan…


Dan semua yang baik-baik belaka lah… J

Tapi, YA !!

Manusia ini cakap memang senang..
Nasihat memang mudah..

Melaksanakannya?!?!

Terus terang Fizah cerita, masuk aja 1/6/2015…

Fizah masih lagi bermain dengan PERASAAN..
Fizah masih lagi terasa SAKIT HATI
Fizah masih lagi lakukan perkara-perkara yang sama seperti selalu..

Apa kita manusia memang tidak boleh terlepas dari mendapat DOSA?
Puas sudah dielak,
Dijauhi…dihindari..
Cuba bertahan… menahan diri….
Buang jauh-jauh penyakit melibatkan hati..


Manusia…
Fizah manusia..

Walau bagaimana niat pon kita untuk melakukan perkara yang boleh mendapat PAHALA,
Pasti aka ada DUGAAN yang telah menyebabkan Fizah berdosa balik..


Ya Allah, ampunilah hambamu ini…
Fizah mahu, tahun ini..
jauhilah Fizah dengan perkara-perkara yang menyakitkan HATI…
amin…

Walau macammana kita ingin berubah, semua itu sebenarnya bergantung pada apa yang kita perolehi disekeliling.. duduk dengan bunga, peratusan berbau harum itu pasti tinggi… tapi kalau kita duduk dalam loji najis, bohong lah kalau kita kata sedikit najis pon tak terkena di kaki kita…



NotA’qIL :  Bila hati telah hitam… Mulut tetap manis. 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan