Bila Fizah baca Kisah ATy,
sebenarnya..
Ternyata...
Fizah hanya diduga "Biasa- biasa" sahaja....
Patutnya,
Fizah perlu lebih SE-TABAHNYA aty...
Patut,
se-CEKALnya Aty...
Dugaan yang Fizah terima kebelakangan ini...
hanya - alah bisa tegal biasa...
Sebab Fizah tak SELALU terima kabar-kabar yang kurang enak...
Tak Biasa terima UJIAN-UJIAN tertentu,
Buat Fizah macam JAUH sangat....
Ternyata,
Ada insan lain yang lebih ALLAH uji...
Yang lebih HEBAT perasaannya diuji tika ini..
Bukan nak kata hidup Fizah best -best belaka, tapi ialah..
bila sesuatu kejadian tak terduga berlaku..
kita seakan hiLang arah tuju...
seolah Dunia tidak suka akan kita..
mula persoalkan "KENAPA"
kenapa saya?
Jadi,
benarlah..
Kita patut terus maju harungi keadaan mendatang...
Jadikannya sebagai satu pengalaman berharga...
mungkin ia tidak akan berulang..
dan memang kena DOA..
BANYAKKAN DOA...
agar ia tidak berulang kembali...
ATAU, IA MUNGKIN AKAN MEMANG BERULANG..
atas faktor SURATAN DAN TAKDIR..
Kita sebagai INSAN di muka bumi..
harus percaya pada QADA & QADAR yang Allah s.w.t berikan...
INSYAALLAH...
dipermudahkan....
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Penjaga AQiL
Selama ini, Fizah tak pernah terlalu BERSYUKUR....
buat sambil lewa aja...
Fizah tahu,
bila siang pergi kerja, Fizah akan senang hati sebab ada penjaga AQiL..
dia yang akan amik tahu hal AQiL...
URUSKAN AQiL.
Cukup bulan Fizah bayar gaji.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Fizah tak la kejam sangat sampai tidak bertanya kabar atau
betul- betul TOLAK hal AQiL pada pengasuh.
Tapi lumrah la manusia, bila ade SENANG..
memang kurang kita BERSYUKUR...
mudah lupa diri..
Terasa susah sikit..
Semua jadi serba tidak kena..
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Masuk 1 Jun 2015,
pagi nak pergi kerja,
seperti biasa Fizah akan hantar AQiL ke rumah pengasuh,
pagi hantar tu, kelibat KAKAK tak kelihatan...
AQiL disambut oleh anak KAKAK - Fizah panggil ANgah.
(Angah masa sambut, dah pakai baju nak pergi kerja)
sebab dia juga bekerja...
Petang,
Balik kerja nak amik AQiL semula,
ANgah - dengan baju kerja dia pagi tadi..
Pulangkan semula AQiL...
KAKAK mana?
IBU tak buleh bangun... Terbaring atas katil....
(Fizah memang CUAI - sebab hanya boleh tanya dia sakit ke? )
ADEH..
Fizah..Fizah...
Ini yang Fizah kata -Kita jadi sambil lewa..
dalam pada mengejar masa sebab nak MAGHRIB..
sebab dah lebih masa KAKAK punya time menjaga AQiL
Fizah hanya berlalu balik rumah bila mendapat jawapan dari ANgah...
IBU tak sihat.. DEMAM...
* Sampai sekarang FiZAH menyesal - sebab tak jenguk pon KAKAK dalam bilik sedang terbaring..
malah, Fizah tak offer pun KAKAK pergi jumpa doktor.
FIZAH EGO!!
amik AQiL tahu dah lepas settle hal sapa jaga AQiL hari ini..
Pergi kerja senang Hati - tadi seharian siang..
Sekarang masa untuk balik ke rumah - malam sudah.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
2 Jun 2015
Pagi hantar AQiL,
masih ANgah yang menyambut...
Fizah tak tanya sebab KAKAK memang terbaring di ruang tamu..
Fizah hanya bersalaman.. tapi Kakak tak respon...
terasa sejuk tangannya masa Fizah pegang tangan KAKAK.
(Pada Fizah KAKAK demam - Tahu - Angah yang akan jaga nampaknya)
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Tghari - Lunch Our
IBU masuk ward, ambulan bawak ..
Okay,
Fizah terus balik sebab..
KONFEM,
AQiL tiada penjaga..
angah nak uruskan IBUnya...
(Fizah kerja separuh hari)
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Apa yang Fizah betol-betol sangat terkesan...
Bila kita tak expect..
kesenangan..
bila-bila masa sahaja boleh bertukar menjadi
KESUSAHAN..
dan paling teruk..
BILA KITA TIDAK PERNAH BERSEDIA .. akan hal itu...
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Penjaga AQiL -KAKAK-
Koma,
kerana DENGGI...
dan hatinya sudah Rosak Dijangkiti Virus...
Baru juga tahu yang selama ini, KAKAK hidap kencing manis...
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Fizah betul betul tak sangka...
Bukan tak PEKA..
Cuma Lalai...
YANG PALING-PALINGNYA...
Fizah tak pernah berterima kasih SUNGGUH-SUNGGUH dengan KAKAK...
1) Gigih jaga AQiL - Walau Fizah tahu dia letih..
2) sanggup tahan sakit - Sebab taknak Fizah tak pergi kerja sebab tiada pengasuh jaga AQiL
3) Sanggup lebih masa jaga AQiL - Fizah terperangkap dalam JEM
4) Hidup hanya berganti hari seperti biasa - sebab Fizah dan husben bekerja
- tak mahu susahkan Fizah nak EL/cuti
5) AQiL dianggap sebagai anak sendiri - lebih dari Fizah si emaknya...
Ya Allah,
Kuatnya Kau Uji Kakak..
sampai tidak semena dia KOMA...
terlalu letih dengan perjalanan hidupnya...
Kau beri dia TIDUR pada saat itu...
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
KAKAK
Baru ini YAallah...
Fizah teramat bersyukur...
syukur yang Fizah tidak pernah rasa setiap selang beberapa saat....
sebelum ini, Syukur Fizah boleh dibilang dengan jari...
5 waktu solat - bersyukur...
Waktu lain - Hidup penuh DUNIAWI...
kadang-kadang sebelum ini
- bila dapat hadiah...syukur...
- bila dapat habuan lebih ... alhamdulilah...
ya..
Bila dapat.
bila dapat sesuatu yang boleh dilihat secara depan-depan...
Kini,
Fizah mengubah...
kena bersyukur dengan segala yang ada..
syukur secara fizikal dan spiritual...
bukan sebab "BILA DAPAT" barutu nak kata syukur..
Kini Fizah mengubah,
Fizah bersyukur sangat ALLAH sebab beri penjaga AQiL yang terbaik Fizah ada.
Yang tak pernah nak susahkan Fizah sepanjang AQiL dilahirkan...
Susah senang KAKAK layan AQiL setiap saat, ragamnya... peelnya...kehendak AQiL..
KAKAK buat sepenuh hati, tidak pernah merungut dalam menjaga hal ehwal AQiL..
Fizah juga tidak sesabar KAKAK,
ada masanya- Fizah juga terdetik rasa rimasnya dengan rengekan AQiL..
Malas nak Layan kehendak AQiL - KADANG -KADANG.
walaupon sebenarnya waktu AQiL di rumah hanya bila Fizah CUTI MINGGU dan malam hari.
Terima kasih KAKAK sebab ikhlas dalam setiap perbuatan..
moga KAKAK dipermudahkan kehidupan didunia dan akhiratnya..
amin..
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
alhamdulilah...
kerana SEMANGATNYA KAKAK...
kerana NALURI KAKAK...
kerana AQiL, yang memang dia dah anggap sebagai anak dia juga...
8 Jun 2015 - KAKAK sedar dari KOMa...
syukur...
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
12 Jun 2015 - Saat Fizah tulis entry ini,
sudah 2 hari AQiL dijaga semula oleh KAKAK.
Ya, patut KAKAK rehat dulu barang sebulan dua..
(BARU SEDAR DARI KOMA BUKAN?!?!)
atau cadangan kami sebenarnya KAKAK tak boleh dah jaga AQiL...
Tapi kehendak ALLAH...
Fizah memang dapat pengasuh yang baik hati,
lagi tidak pernah menyusahkan kami...
tidak pernah anggap AQiL hanya menumpang duduk sementara MAKABAHnya bekerja...
Walau masih ada rasa sakit bisa bisa ubat dalam badan (hati KAKAK dah rosak)
KAKAK dikurniakan naluri IBU yang sangat kuat...
AQiL asik di sebut-sebutnya masa tersedar dari kOma tempoh hari...
Kerana itu, Fizah rela takrela...
Fizah mampu bersyukur....
Bersyukur kerana Fizah ada tempat untuk tinggalkan AQiL saat Fizah dan husben keluar untuk bekerja...
Fizah bersyukur sangat bertemu KAKAK - seorang penjaga yang sayang sangat pada AQiL..
AQiL juga Fizah lihat begitu,
seronok sungguh bila ingin ke rumah KAKAK...
menyebut nyebut.. IBU..IBU... nya tempohari,
(masa KAKAK tak jaga dia sebab Koma)
teringat ingat AQiL pada KAKAK...
Fizah lega,
Lega sebab ALLAH panjangkan umur KAKAK...
masih ada ruang untuk kami berubah CARA..
untuk lebih menghargai...
alhamdulilah...
terima kasih ALLAH...
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
NotA’qIL :
KAK LIN - IBU kesayangan AQiL
AQiL Sehingga Begini Cerdik
ALHAMDULILAH....
menjaga AQiL sejak Fizah habis berpantang
memang setiap saat AQiL lebih banyak dengannya...
sehingga saat KAK LIN koma..
Fizah baru tersedar akan permata indah ALLAH beri pada kami..
1) MUHAMMAD AQIL RIDHWAN
2) SALINA BINTI AHMAD - Sekeluarga.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Tiada ulasan:
Catat Ulasan