A ha…
Mesti ade
yang pelik ngan tajuk diatas kan?.. Apekah TBS tu??
To..Bee…See
?
Time Before
Settle ??!?!
Take Bus
Sekolah ?!?!?!
HAHA..
TBS,
sebenarya ialah… Terminal Bersepadu Selatan.
Ya, tidak ramai
yang tahu akan ia..
Dan tidak ramai
yang ambil tahu juga…
Bagi mereka yang
tahu…Fizah ucapkan BAGUS!
Mungkin andalah
penyelamat kepada mereka yang tengah
sesat di sekitar Bandar raya… tidak kiralah anda siapa… andainya anda tahu akan
TBS, tidak salah untuk anda membantu mereka yang mencari cari arah ini..
Okey,
TBS – Terminal Bersepadu Selatan, sebenarnya
adalah pusat untuk mereka yang mahu pulang ke selatan tanah air! Sedia maklum
untuk semua rakyat Malaysia sebelum ini, sesiapa nak balik kampong ke arah tganu/Kelantan à mesti!!! Tempat paling popular yg kita akan cari bas…
mesti kita pergi ke
HENTIAN PUTRA PWTC kan? Kan?..
Haaa…. Betul
haper.. PWTC!! Ya, ya.. YANG TEMPAT EXPO TU… [bangunan sebelah pwtc loh
terminal tu] ramai orang tahu nak jawab apa kalu org dok Tanya kita camana nak g pantai timur…
“weh, ang tahu nak
g klate? “ Kite pon apew agi jawab “Mung
naik la kat pwtc tu..”
ha, Kooo.. Betul tidak ?!?!
Yang jadi cerita
arini kisahnya…
Husben Fizah nak
kembangkanlah bisness kat Terengganu [memandangkan Angah duduk sana] So kena
lah pergi sana ,memula dia nak pergi naik kereta [Fizah pula pakai pergi kerja
Isnin, lagipun abang nak pergi 2 hari macamtu.] Memang tidak la dapat, so abang ambil
keputusan pg naik bas… itupon berpikir sebab kat teganu angah ada kereta boleh
angkat barang-barang yang ada ..
Macam biasa kami
memang dah tahu – naik bas ke teganu à kena pergi pwtc..
So abang pon,
bersiaplah lepas balik meting mlm tadi kena terus gerak sebab isnin petang dah
kena ada sana [perjalanan kan 8 jam !]
Sebabkan nak cepat, terus aja abang singah PWTC nak cari tiket yang masih ada..
Tiba-tiba Husben Fizah balik dengan muka yang sangat rungsing… [sebab
jam dah nak kul 8.00 mlm , bila pulak nk sampai teganu ??! ]
Abang : Abang baru
balik dari PWTC ni, Kaunter Bas Tutup!!
Fizah : Aik ?!?!
Cepatnyer tutup ? [lihat jam dinding] hai abang, harini Ahad kan hari kerja kat
sana?!? Cepatnya tutup?
Abang : A ah, tutup… kena pindah?!?!
Fizah : Ape!!! Pindah?!!?! TUTUP BERMAKSUD SUDAH BERPINDAH ?!?!
[kami
buntu sejenak]
Macamner loh
abang nak pergi sana segera, karang tak pergi… cawangan sana tengah
memperkenalkan jenama [ siapa pula nak bercakap nanti ?!? ] nanti tak pasal
pengguna hilang percaya pulak..minta dielakkan..amin..
Disebabkan
niat untuk income keluarga [untuk AQiL TERUTAMANYA] kami pon google kat mana
nak naik bas ke Terengganu..
Keluarlah
“TBS” !
Bayangkan
dalam masa yang singkat itu, dengan tak pasti masih adakah tiket bas lagi..
dengan tak tahu akan TBS nye ape… Fizah dapat info nak pergi sana macamne..
Fizah: Abang naik LRT STAR loh, naik kereta takot
jem.. Komuter ada, tapi takot lambat..
Abang : ok,
macamner nak pergi TBS? [sambil call syarikat bas, Tanya tiket ada lg ke tidak]
TBS ni baru
sahaja beroperasi… baru sebulan.. sebab itu ramai masih tidak sedar… itupon husben
kata masih ada lagi orang pergi ke PWTC…[macam dia] Kekadang info terkini
memang kita lepas pandang… lebih lagi kami, bukan apa.. selalu dah biasa drive
sendiri.. dah rasa tidak penting ambil
tahu hal pengangkutan lain yang ada…
Sudah
tersedar macamni, barulah rasa perlu ambil tahu serba sedikit … [kita mungkin
ada kereta dan moto, tapi belum tentu jiran, tetangga kita berkeadaan sama]
Mana tahu,
mereka minta tolong kita tunjukkan cara balik ke kampong mereka… tunjukkan
mereka kat mana kemudahan nak ke Luar dari Kuala Lumpur.. mana kita tahu ?? esok lusa kita boleh
menolong dari segi ini?!!
Cer
bayangkan.. kita berjalan di MID VALLEY.. tetiba ada pelancong kata nak cari
bas, nak pergi LEGOLAND … tidak ker terpingga-pingga kita kalu tak tahu ?!?!
itu pelancong, mungkin banyak duit..kita soh aja cari teksi.. tapi..
Bayangkan
pula sepasang atoknenek tego kita masa kita leka berjalan kat JALAN TAR, minta
tolong kita cari perhentian bas nak jumpa cucu katanya.. dari Perlis, Nak pergi
Terengganu… tidak kah kita terasa terkilan sebab tidak dapat membantu atoknenek
tersebut?!?
Lebih lagi
lihat, mereka bawak segala bag bag berat berisi barang untuk keluarga.. kehulu
hilir tidak tahu arah…[sebab kena turun kat PUDU RAYA, bas dari kg tidak pergi
Terengganu terus, kena bertukar bas] Kesian bukan? Sekurangnya, dengan
pengetahuan kita tentang wujudnya TBS ni…boleh la jugak kita tunjuk cara dan
membantu mereka yang sebegini..
Memang kami
jarang pakai kemudahan awam, tapi tidak salah menimba ilmu berkaitannya…
Berbalik pasal TBS INI, terminal ini ada kemudahan LRT STAR, KOMUTER DAN ERL…
so, sesiapa yang nak datang sini [kalu tak drive lah] naik aja kemudahan ini…
iya senang sebab tiada kesesakan lalu lintas.. anda juga boleh bajet nak sampai
dalam pukul berapa…
Husben Fizah
gerak kul 8.30 mlm , naik LRT star.. sampai ke TBS [BTS] , ngam – ngam untuk
naik Bas pukul 10.00 mlm. Oh ya.. lupa Fizah nak cakap.. perhetian yang perlu
kita turun bila gunakan train namanya “BANDAR TASIK SELATAN “ . [SEBAB TBS IALAH NAMA BANGUNAN]
Sedikit cara
untuk ke sana….
LRT STAR [train jalan atas, warna kuning ] : ambil
train ke SRI PETALING , turun di BANDAR TASIK SELATAN..
KOMUTER :
ambil train perjalanan ke SEREMBAN shj ,
turun di BANDAR TASIK SELATAN
ERL : beli
tiket yang perhentiannya BANDAR TASIK SELATAN
*LAIN CARA :
bas RAPIDKL [u41 Pudu sentral ] [ u432 TBS] / teksi /drive sendiri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan