HFMD ?? Apakah iya?
Penyakit HFMD disebabkan
oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox
A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui
sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan
najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan
permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Mereka yang dijangkiti akan
menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut,
ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan
ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang
disebabkan oleh jangkitan EV71
boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak
dan jantung.
Haaaaa… Ko..’
Napenye kluar tajuk begini
dlm AQiL ADA BLoG??
Ni nak habag mai kat hangpa sume..
Si Aqil anak mamaAbah, terkena jangkitan Virus ini… Memang x
caya!! Sebabnya..
tang mane si Aqil bleh kena entah? Yang seingat Fizah, memang
Aqil first time demam seminggu itu, lepastu sudah baik dalam 3 hari…tup tup..
demam lagi..
Aqil ini la first time demam sungguh! Sepanjang umur dia berusia
setahun 4 bulan ini.. sebelum ini, Aqil jarang sakit yang betul betul agak
merisaukan kami. Selalu pon kami tahu kalu nak demam sebab apa – tak sebab
cucuk.. mesti sebab gigi tumbuh, tapi demam slalu sehari dah okey…
Tapi kali ini, seminggu Aqil demam… x de cucuk {cucuk lambat
agy tarikhnya}
macam org dulu –dulu kata, demam buh aja air asam jawa atas
kepala…
So, fizah guna kekdah ini.. tapi.. hamper seminggu dok lihat
Aqil x mosangat minum.. x mo makan
sangat.. ish.. ish.. nape loh kejap badannye panas.. kejap..sejuk
ajew..ya..kejap..kejap.
Demam ini lah buatkan berat badan Aqil turun dengan mendadak..
Bila Malam, mesti badan Aqil panas macam air baru masak…so sudah berhari juga
lah Aqil tido x de baju n sluar..
X pernah demam macamni sebelum ni…Alahai anak mamaAbah.. x
mujarabkah air asam itu ?
Tiba suatu pagi sabtu, Aqil bangun dengan muka yang ceria..
eh.. eh.. Aqil anak mamaAbah dah sihat?? [Alhamdulilah, hatiku berkata] So,
sempat arr gak bawak Aqil g expo baby kat pwtc aritu..[sayangnya tak terserempak ngan AkuBukanBidadari]
Aleh-alih.. Rabu
Demam lagi.. Alahai Aqil, nape sayang demam on off…on off..
Dan kali ini, Aqil jadi langsung – LANGSUNG x mau Minum
susu… makan apatah lagi.. Bila Fizah tengok Aqil malam-malam, bibir dia
Berdarah.. ada kesan pecah-pecah..
Owh Aqil, mama BUKANNYA
x sayang, bukan x prihatin, dan bukan juga sengaja tidak mahu bawa pergi
cek Doktor..[mama Cuma tidak mahu bergantung dengan ubatan,..Mama rasa Aqil
masih kecil ] lagipun, hari hari mama tanya pengasuh.. Aqil dia okey - kata
IBU’ Aqil makan, tapi macam x lalu… Susu minum, tapi x banyak macam selalu..so
mama x lah risau sangat.. at lease, Aqil
masih makan n minum..Mama just assume, Aqil sedang beralih umur, mungkin.
Dan,
Mama kalu boleh nak ubat dengan cara tradisonal dulu, kalu
masih tidak jalan.. baru kita g jumpa doctor keyy' [Lagi skali, Fizah letakkan air
asam kat atas kepala] tapi Fizah perasan Aqil macam menggaru aja, skejap garu
kaki.. skejap..tangan.. pastu badan pulak digaru… ish..
Terus Fizah rasa something wrong somewhere… Demam n
menggaru?? Sakit tekak kew sampai susah nak telan apape?? [ada rasa nak bawa jumpa
doctor…tapi…x mo lah piker yang bukan-bukan..fikir positif, Aqil tengah build
dianye metabolisma kot’?]
Fizah juga ada cek badan Aqil, macam ruam-ruam.. tapi
berselerak.. bila Aqil garu, jadi ruam kat kawasan tu..
So, Fizah bubuh pula bedak sejuk.. kesokannya, sama saja rutin Aqil bila Fizah
Tanya pengasuh.. jadi semakin x sedap hati.. sampai bila Aqil x makan n minum
betul-betul? Masani, Fizah dah suspek dengan Denggi’.. sebabnya, Aqil
muntah-muntah pulak bila minum atau makan.
Memandangkan Malaysia
bakal bercuti panjang sempena Hari
Wilayah n Thaipusam, Fizah x nak la tangguh lagi bawa Aqil jumpa Doktor
[TAKOT DOKTOR PON X DE nanti, BERCUTI]
so Sabtu lepas, pergi lah bawak Aqil..
Ha ko, betol sangkaan Abah!! Memang Abah Aqil dah agak..ruam
badan Aqil adalah symptom HFMD, lagipon, abah slalu prasan Aqilnye bibir merah
n pecah-pecah..[Abah prasan masa bermain ngan Aqil] Fizah?? Terustrang Fizah
kata, x point sangat Penyakit ini! Sebelum ini, ada dengar..tapi takpernah rasa
ini penyakit sirius! tak pernah juga
terpikir Aqil boleh mengalaminya..
Masa jumpa doctor aritu, siap dia soh kuarantin nya si
Aqil.. Bila Fizah Tanya kenapa? Doktor kata penyakit ini berjangkit… Ahah??
Babtu Fizah x percaya Aqil terkena daripada siapa? Setahu Fizah, Bebudak kat
rumah pengasuh tak ada yg sakit..Mungkin
kah juga terkena time fizah bawak Aqil keluar jalan jalan kot?? Hal kebersihan
slalu kami jaga, jadi memang tidak terpikir pon bakal kena penyakit ini..
Apapon, next time kami dah ada pengalaman , tahu serba
sedikit SImptom penyakit ini.. dan untuk pengetahuan semua, HFMD memang
bahaya. Dalam kes Aqil… alhamdulilah,
sebab walaupon Aqil sakit, dia masih aktif bermain.. Doktor kata “ kalu next
time dia demam, tengok pernafasan berombak atau tidak”.. Jika berombak, segera
jumpa Doktor..
Sebab ada kes lain, sudah susah untuk diselamatkan jika
kuman atau virus sudah terlebih merebak dalam tubuh kanak-kanak.. [bukan penyakit
HFMD sahaja kita kena cek, demam lain pon kena berjaga-jaga] takot ter jadi kes
lain pula [minta dijauhkan,amin] contohnya pneumococcal…ianya deman juga..jadi sentiasalah berjaga-jaga..wallahhualam…
NotA’qIL : memang patut IBUBAPA risau bila anak mereka
“DEMAM”.. macam-macam boleh jadi melaluinya..dan Fizah, memang SUDAH merasa kne marah dengan Doktor, So next time if Aqil demam, limit hanya 4 hari untuk pulih.. Jika berterusan.. Jawapannya –
SILA BAWA JUMPA DOKTOR! MUKTAMAD!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan