Isnin, 16 Februari 2015

SUSHI King



Emmm…
Yum, yum….

Entry yg begitu membuatkan mereka-mereka yang sedang lapar…
Betambah tambah lapar…

[ye kew?]

Ehehe,  tidak semua orang makan sushi kannnz??

Sushi King – satu jenama tidak asing di Malaysia, menyajikan makanan berupa – SUSHI!
·         Masakan lain pon mereka ada, tapi tajuk harini ialah sushi, harus lah kita terus ke cerita berkaitan sushi!!! Ye idak?




Okey, seriously, Fizah makan la jugak SUSHI… Fizah makan yang bebetul dijual di SUSHI KING. kalu tidak beli disitu.. Fizah beli di Carefour.. [sekarang dah x de dah pasaraya ini] dah jadi Eon pon!
Nak beli kat tempat lain, Fizah sedikit  tidak prefer ok. Sebab Fizah tak la berani sangat makan sushi. [ada setengah jenis aja Fizah makan]

So, kena lah pergi ke sushi king sahaja bila nak makan sushi… Family – memang tidak makan Sushi ! Dulu sebelum Fizah kawen… seluruh family tak makan sushi…takot [ kata mereka.]
Sekarang ada husben – dia pon kata WHAT??!?!? [tunjuk kepada sushi yang Fizah beli ]
 Terus dia Tanya “Nasi tak ada kew?” HUHUhuW…

Memang pelik bagi mereka kenapa Fizah nak makan sushi.. Tapi, yang pasti 
Sushi King memang sedap pada tekak Fizah.

Dan untuk pengetahuan, Fizah memang masih ada rasa takot bila nak makan sushi..
Sampai sekarangpon, Fizah hanya akan order sushi –TUNA MAYO @ SALMON MAYO!

Ye, itu sahaja yang Fizah boleh telan.. dan  yakin untuk makan !!! Dan harus la jugak beli bebanyak…[ini best dapat makan sorang-sorang..geee] sebab  tak ada  yang nak ajak rebut macam Nampak makanan lain…CEH!

Heee…

Semata ko datang Sushi King hanya nak beli itu je pon.. Fizah !!
[dah memang itu sahaja.. sebab yang lain Fizah masih dalam zone TAKOT ! ]

So, asal pergi..gagah la berbaris untuk dilayan… sebab Sushi King ini, walau take away.. beratur tetap kena beratur.. lelagi time promosi..kan? kan?

Hehe..Sedapnye Sushi… Terliur Pulak…

Meh lelehkan Liur...





 


            Antara sushi yang ada.



Mee Pon sedap kalu tengok gambar ini.....[belum penah try]




 Slurpp...




 Dan my Favorite Sushi..Yummmy...


Yeah, kene gerak Festival City Nih !
 Jom !!





NotA’qIL : Bila kena beratur kat depan kedai SUSHI KING,  slalu ada rasa macam Felling felling Orang Korea gitu! [Sushi makanan dari jepon lah kan] Dah kenapa…




SUSHI MALAYSIA - pulut panggang




Selasa, 10 Februari 2015

DELEMA WANITA

Hi semua,

Anda tahu tidak, yang kita kekadang sering menjadi confius ?

tidak pasti akan pilihan yang terbaik untuk kita pilih...

ada yang cakap, jika kita tidak pasti.. ingat ALLAH'..

Buat sembahyang Istiqarah.. minta pertunjuk..

Tapi,

TIDAK LA KAN!!

Fizah sampai nak buat camtu... sebab masalah simple aja ini ...

Ni ha, Fizah tengah pening memilih...

memilih yang mana satu TERBAIK!!

yang mana satu menjadi pilihan muktamad...

Fizah tengah nak pilih....

--

--------

--------------

----------------------









TENGAH NAK PILIH NOTA KAKI GAMBAR UNTUK BLOG AQIL .




Fizah tak tahu mana yang harus dipilih... I'm Confius..



NotA’qIL : sentiasa mengingati Allah dalam setiap perkara.. moga dipermudahkan.. amin.


Isnin, 9 Februari 2015

TBS



A ha…

Mesti ade yang pelik ngan tajuk diatas kan?.. Apekah TBS tu??


To..Bee…See ?

Time Before Settle ??!?!

Take Bus Sekolah ?!?!?!


HAHA..

TBS, sebenarya ialah… Terminal Bersepadu Selatan.


Ya, tidak ramai yang tahu akan ia..
Dan tidak ramai yang ambil tahu juga…
Bagi mereka yang tahu…Fizah ucapkan BAGUS!

Mungkin andalah penyelamat  kepada mereka yang tengah sesat di sekitar Bandar raya… tidak kiralah anda siapa… andainya anda tahu akan TBS, tidak salah untuk anda membantu mereka yang mencari cari arah ini..

Okey,

TBS – Terminal Bersepadu Selatan, sebenarnya adalah pusat untuk mereka yang mahu pulang ke selatan tanah air! Sedia maklum untuk semua rakyat Malaysia sebelum ini, sesiapa nak balik kampong ke arah  tganu/Kelantan à mesti!!! Tempat  paling popular yg kita akan cari bas…

mesti kita pergi ke HENTIAN PUTRA PWTC kan? Kan?..

Haaa…. Betul haper.. PWTC!! Ya, ya.. YANG TEMPAT EXPO TU… [bangunan sebelah pwtc loh terminal tu]  ramai orang tahu nak jawab apa kalu org dok Tanya kita camana nak g pantai timur…

“weh, ang tahu nak g klate? “  Kite pon apew agi jawab “Mung naik la kat pwtc tu..”  

ha, Kooo.. Betul tidak ?!?!

Yang jadi cerita arini kisahnya…

Husben Fizah nak kembangkanlah bisness kat Terengganu [memandangkan Angah duduk sana] So kena lah pergi sana ,memula dia nak pergi naik kereta [Fizah pula pakai pergi kerja Isnin, lagipun abang nak pergi 2 hari macamtu.]  Memang tidak la dapat, so abang ambil keputusan pg naik bas… itupon berpikir sebab kat teganu angah ada kereta boleh angkat barang-barang yang ada ..
Macam biasa kami memang dah tahu – naik bas ke teganu à kena pergi  pwtc..

So abang pon, bersiaplah lepas balik meting mlm tadi kena terus gerak sebab isnin petang dah kena ada sana  [perjalanan kan 8 jam !] Sebabkan nak cepat, terus aja abang singah PWTC nak cari tiket yang  masih ada..  Tiba-tiba Husben Fizah balik dengan muka yang sangat rungsing… [sebab jam dah nak kul 8.00 mlm , bila pulak nk sampai teganu ??! ]


Abang : Abang baru balik dari PWTC ni, Kaunter Bas Tutup!!

Fizah : Aik ?!?! Cepatnyer tutup ? [lihat jam dinding] hai abang, harini Ahad kan hari kerja kat sana?!? Cepatnya tutup?

Abang :  A ah, tutup… kena pindah?!?!

Fizah :  Ape!!! Pindah?!!?!  TUTUP BERMAKSUD SUDAH BERPINDAH ?!?! 
             [kami buntu sejenak]

Macamner loh abang nak pergi sana segera, karang tak pergi… cawangan sana tengah memperkenalkan jenama [ siapa pula nak bercakap nanti ?!? ] nanti tak pasal pengguna hilang percaya pulak..minta dielakkan..amin..

Disebabkan niat untuk income keluarga [untuk AQiL TERUTAMANYA] kami pon google kat mana nak naik bas ke Terengganu..

Keluarlah “TBS” !

Bayangkan dalam masa yang singkat itu, dengan tak pasti masih adakah tiket bas lagi.. dengan tak tahu akan TBS nye ape… Fizah dapat info nak pergi sana macamne..

Fizah:  Abang naik LRT STAR loh, naik kereta takot jem.. Komuter ada, tapi takot lambat..

Abang : ok, macamner nak pergi TBS? [sambil call syarikat bas, Tanya tiket ada lg ke tidak]

TBS ni baru sahaja beroperasi… baru sebulan.. sebab itu ramai masih tidak sedar… itupon husben kata masih ada lagi orang pergi ke PWTC…[macam dia] Kekadang info terkini memang kita lepas pandang… lebih lagi kami, bukan apa.. selalu dah biasa drive sendiri..  dah rasa tidak penting ambil tahu hal pengangkutan lain yang ada…

Sudah tersedar macamni, barulah rasa perlu ambil tahu serba sedikit … [kita mungkin ada kereta dan moto, tapi belum tentu jiran, tetangga kita berkeadaan sama]

Mana tahu, mereka minta tolong kita tunjukkan cara balik ke kampong mereka… tunjukkan mereka kat mana kemudahan nak ke Luar dari Kuala Lumpur..  mana kita tahu ?? esok lusa kita boleh menolong dari segi ini?!! 

Cer bayangkan.. kita berjalan di MID VALLEY.. tetiba ada pelancong kata nak cari bas, nak pergi LEGOLAND … tidak ker terpingga-pingga kita kalu tak tahu ?!?! itu pelancong, mungkin banyak duit..kita soh aja cari teksi.. tapi..

Bayangkan pula sepasang atoknenek tego kita masa kita leka berjalan kat JALAN TAR, minta tolong kita cari perhentian bas nak jumpa cucu katanya.. dari Perlis, Nak pergi Terengganu… tidak kah kita terasa terkilan sebab tidak dapat membantu atoknenek tersebut?!?
Lebih lagi lihat, mereka bawak segala bag bag berat berisi barang untuk keluarga.. kehulu hilir tidak tahu arah…[sebab kena turun kat PUDU RAYA, bas dari kg tidak pergi Terengganu terus, kena bertukar bas] Kesian bukan? Sekurangnya, dengan pengetahuan kita tentang wujudnya TBS ni…boleh la jugak kita tunjuk cara dan membantu mereka yang sebegini..

Memang kami jarang pakai kemudahan awam, tapi tidak salah menimba ilmu berkaitannya… Berbalik pasal TBS INI, terminal ini ada kemudahan LRT STAR, KOMUTER DAN ERL… so, sesiapa yang nak datang sini [kalu tak drive lah] naik aja kemudahan ini… iya senang sebab tiada kesesakan lalu lintas.. anda juga boleh bajet nak sampai dalam pukul berapa…

Husben Fizah gerak kul 8.30 mlm , naik LRT star.. sampai ke TBS [BTS] , ngam – ngam untuk naik Bas pukul 10.00 mlm. Oh ya.. lupa Fizah nak cakap.. perhetian yang perlu kita turun bila gunakan train namanya “BANDAR TASIK SELATAN “ .  [SEBAB TBS IALAH NAMA BANGUNAN]

Sedikit cara untuk ke sana….

LRT STAR  [train jalan atas, warna kuning ] : ambil train ke SRI PETALING , turun di             BANDAR TASIK SELATAN..

KOMUTER : ambil train perjalanan  ke SEREMBAN shj , turun di BANDAR TASIK SELATAN

ERL : beli tiket yang perhentiannya BANDAR TASIK SELATAN

*LAIN CARA : bas RAPIDKL [u41 Pudu sentral ] [ u432 TBS]  / teksi /drive sendiri


Untuk info lanjut  boleh la baca di sini  http://www.tbsbts.com.my/my/laman-utama


tbs




















CONTOH TIKET : PON DAH BARU, 

BOLEH BELI DI MESIN SAHAJA




















NotA’qIL : Dekat mana ya pusat pungutan mangsa banjir yang aktif lagi ?





Jumaat, 6 Februari 2015

MOYANG.. Siapa yang masih ada lagi ?



Alhamdulilah..
Fizah masih ada moyang..
Kami panggil mereka

Nek Yang , Tok Yang.. Dan Moyang.. hehehe
Sebetulnya, mereka memang tinggal 3 orang sahaja..[yang lain sudah meniggal dunia…al-fatihah]

Nekyang ialah nenek Fizah [Mama Fizah punya Ibu]  Fizah panggil dia nenek, bila balik kampong…
Sejak  Aqil lahir, semua ahli keluarga dok pakat panggil nenek à NeK Yang!

Fizah juga masih punyai atok [ Bapa kepada Ibu Fizah ] sebelum ini.. kat kampong, family panggil dia tokWan!
Dengan lahirnya Aqil, terus jadi Tok Yang…  [ maklumlah, Aqil cucu pertama mereka..]

Kira, merasa jugak la, nenek dan tokwan jadi moyang sekarang ni… sebenarnya terharu juga Fizah lihat, bila nenek dan tokwan Fizah sangat gembira dengan kelahiran Aqil.. [Fizah dapat lihat macammana rasanya jadi moyang sebenarnya] Perasaan mereka lain sikit…sedangkan mak dan ibu pon, masa dapat title “nenek Aqil” pon dah lain macam.. inikan MOYANG…Sebabtu pada Fizah, Fizah akan biarkan sahaja jika mereka ingin bermain-main dengan AQil semasa berada di kampong..

Lagipon, Fizah menghargai mereka selagi mereka masih hidup ini… [Bila lagi Aqil dapat kenal MOYANG dia kan?] Mereka sebenarnya bukannya larat lagi nak bergurau semua.. tapi, sebab Fizah juga percaya dengan SEMANGAT MOYANG… Biarlah… Biarlah. mereka bergembira….bersama-sama.

Tidak salah untuk menggembirakan mereka, mungkin juga, semasa mereka masih  sekadar “nenek dan  atok” Fizah kurang beramah mesra dengan mereka… Jadi buat apa kita nak sekat-sekat kegembiraan mereka bersama Aqil?

Moyang, Fizah gelarkan kepada  mak mertua punya ibu..hanya itu sahaja yang tinggal, Fizah tidak kenal sangat,  bila balik kampong Abang sahaja kami berjumpa..

Jadi, Aqil [mama dan abah nak pesan].. mungkin esok lusa… MOYANG sudah tiada…  inilah sahaja kenangan yang mama boleh bagi agar Aqil sentiasa ingat dekat mereka… Semoga Aqil sentiasa menghormati mereka yang lebih tua darimu, ya anak!!


neNek Jame'ah][ toKWan Jumain




NotA’qIL : Fizah  masih panggil mereka nenek dan tokwan… J


2015 - workstation BARU.



Masuk aja tahun  2015, Fizah sudah diberitahu untuk berpindah ke tempat n meja kerja yang baru…

BOS : Fizah dah boleh gerak ke tempat baru, bolehla bawak apa yang patut terus ke sana…

FIZAH : Baik BOS!!  [Yey, tempat baru..kene decorate nih!!! Hihi..]


Nan Hado ko Fizah! Ini Company syarikat, nak decorate apernye.. meja untuk bekerja aja tuka baru..itupon sebab bangunan renovate , nak ubah jadi Suasana BARU..suasana 2015.
Ingat sesuka hati je ko nak decorate decorate bagai..

Tetibe …

BOS : Fizah, dinding jangan gantung aper ape gambar k… meja awak aja kemaskan..

FIZAH : Baik BOS.. [ha, lagi ko nak rangan kan nak decorate bagai.. amik ko!]

So.. tempat baruku itu hanyalah sekadar biasa…
Hanya barang-barang aje Fizah susun semula… ejas sana.. sini.. letak itu, ini..
Dan hasilnya…

THE NEW WORKSTATION ME. WELCOME 2015…. J

















Baru ade semangat baru… [BOS yang cakap..] heee.




NotA’qIL : teringin nak g KRABI..moga untunglah bisness untuk tahun ini…amin..


Khamis, 5 Februari 2015

Aku Ibu, KakAK, dan Mak Lang...

Sebetulnya...

Sejak dari kecil...
Nama panggilan Fizah --> terlalu banyak!!

Kat sini nak cerita.. Siapa kah Fizah dalam family?

Fizah adalah Kakak..

Fizah juga anak..

Juga Ibu...

Hah!! Konfius tak ?


Kat Rumah, Family belah Fizah --- > Fizahlah Kakak' [sebab anak sulong]

Dalam family Abang aKa' Abah AQiL -- > Fizah dipanggil Mak Lang :)

Family AQil ---> Fizah ialah MAMA...aka' mak Aqil...La... [tanya pulak??!?!]

apapun, kesemua family, baik belah Fizah mahupon abang...tetap anggap Fizah Anak  mereka..
jadi kita sebagai ANAK.. kena sentiasa berbuat baik terhadap ibu bapa kita.[pengajaran untuk hari ini...]




aDik Fizah [Budak SekoLAh]



NotA’qIL : Fizah Mohon maaf andai ada terguris rasa sepanjang Fizah hidup bersama sebagai sebuah                     Family..[kekadang Kita tidak menyedarinya...] FIZAH MINTAK MAAF!!

AQIL ADA ADRA.



eCeceh…

Tajuk..

melantaknya anak Fizah si Aqil dah ade makwe?? Nehi..nehi…
Aqil umo baru cecah sataun 4 bln , 
bila pulak da hade gelprennye..??

Hehehe..

ADRA?







Siapa adra??




NotA’qIL : Nantikan di episode akan datang ok.. 
                   Bye.


Tahun Baru, 2015… satU permulaaan…



Alhamdulilah.. segala pujiAllah keatas  rahmat  & rezeki yang dilimpahkan keatas family Fizah.. Berakhirnya tahun 2014.. bermulanya tahun 2015. Terlalu banyak cerita sukagembira dan cerita sedey yang berlaku pada tahun lepas… Insyallah Fizah akan kongsikan bersama –sama dengan  pembaca sekalian.. Insyaalah… sebagaimana nyayian porpular daripada “maher zain”.. insyaalllah…
Moga 2015 bakal menjadi satu perjalanan yang lebih mematangkan  Fizah dalam urusan seharian..MOGA MOGA… AMIN…

Sebagai pembukaan tahun baru ini, Fizah dan suami telah berkecimpung dalam beberapa bisness penjualan…Kami memang ingin berbisness untuk meningkatkan lagi income keluarga… tidak ada unsur paksaan terhadap pembaca semua jika ada sesuatu “jualan” yang kami paparkan, bakal menyebabkan anda melabel kami ingin mengaut keuntungan.. ye, income keluarga!... itu adalah the reason kenapa kami berbisness.. Baik buruk kebanyakannya adalah kerana ingin menambah pendapatan keluarga.. BUKAN untuk menguntungkan mana-mana pihak.  memandangkan  AQil  sedang  meningkat dewasa, niat kami.. adalah perlu untuk menjana pendapatan keluarga bermula dari sekarang.. Jadi, para pembaca sekalian… sokonglah Fizah dalam berbisness..
Beli Bila Mahu.. Bersuara bila perlu..

Fizah harap, “ AQiL ADA BLoG “dapat membantu sedikit sebanyak urusan bisness kami. Walaubagaimanapun.. BLOG ini tetap adalah sebuah karya yang berkisahkan kepada kehidupan kami.Maka dengan itu.. BerBloglah  kamu semua dengan cara yang berhemat dan berakhlak mulia..

.Sekian..
Terima Kasih Pembaca…


NotA’qIL : Fizah percaya , pembaca blog “AQiL ADA BLoG” semuanya jenis yang berfikiran                              terbuka dan positif! Fizah  Appreciate you all ! g itu… J


Andainya…




Sementara Muhammad Aqil Masih kecil… Masih belum mengenal Huruf.. segala penceritaaan di dalam ini bakal berkisahkan kehidupan “Keluarga Aqil” baik cerita Abah.. Cerita mama.. ATau Kisah cerita tentang Aqil  sendiri… Jadi Fizah sebagai ibu Aqil akan mengUpdate Blog ini.. Sehingga Aqil Sudah Mampu untuk Menyambung Blog ini Sendiri..

Andai Kata, suatu Hari nanti.. empunya Nama Blog tidak  mahu sambung penceritaan.. Fizah tidak terlalu terkilan mahupun berharap.. Sebab Fizah Percaya… Zaman Aqil makin Maju..AqiL sebagai anak Mama, mempunyai HAK untuk memberi kata putus…

Apa jua Kebaikan pada masa akan datang.. tidak salah untuk kita teruskan.. dan apa yang memudaratkan baiklah kita cegah sebelum terlambat.


NotA’qIL : Mama Sudah Puas hati Meluahkan sesuatu didalam Blog ini.. Jangan Aqil Pernah –                              pernah risau akannya.. smile anak Mama J

Rabu, 4 Februari 2015

TUDUNG SARUNG ATAU’ SELENDANG

Ramai sudah rakyat kita yang bertudung pada zaman kini…
Budak sekolah Menengah.. Rendah..
Para pekerja..
pelancong juga tidak terkecuali.

Anda Minat shawl? Minat  Instant ? atau suka yang jenis sarung terus??

Harini, meh bercerita pasal tudung…
Tudung terkini..[kalu di google] ada macam-macam dah jenis tudung sekarang… macam-macam pesen jugak kita boleh lihat… berstyle gitu..

So, nak cerita pasal tudung..
Fizah memang bertudung, dari remaja hingga sekarang.. Tudung Fizah memang beredar mengikut apa yang dijual di pasaran …selalunya seingat Fizah, Bawal MENJADI TREND  paling lama di Malaysia.. mana-mana pergi.. Bawal..pergi kedai..BawAL , pasar minggu..BAWAL…Tetapi..

apabila  suatu masa SELENDANG diperkenalkan semula.. Orang Malaysia-OUTOMATIK.. lenyapkan ayat-ayat  “panaslah lilit macam Arab” , “teballah nak pakai selendang” dan ada juga yang berkata “ x reti loh nak pusing-pusing tudung” dan sebagainya.

Semua ayat –ayat yang pernah jadi reason untuk mengelak selendang, sudah jarang sekali kita dengar sekarang..makin maju negara semakin banyak jenis tudung orang kita pakai lani..nama selendang juga telah beralih ke panggilan"shawl"gitu... kelas ko'

Cuma Fizah… Fizah sebenarnya
tidak gemar dengan selendang.. 
Bawal pakai pon sebab- jatuh dalam category SENANG DIURUSKAN

Fizah suka skali pakai tudung jenis ada awning.. jenis main sarung n Go…. Nak lilit pon, lepas disarung siap.. Kalu selendang bagai… memang lebih Pin dari biasa yang Fizah pakaikan kat tudung sarung..
Dah elok elok, lilit x perlu banyak pin, Tapi Fizah yang pakai, akan jadi Pin sana..Pin sini.. Pin belakang.. Pin hujung.. semua gara-gara --- Tak Biasa tegal biasa..?? [ye kot ayat cenggini??]

Eheh, untuk mengelakkan Fizah jadi lebih berjam bersiap bagai… maka akur lah untuk pakai Tudung Sarung sahaja.. walau untuk ke mana jua.. So agak tertinggal jugak la Fizah kebelakangan ini, dalam bab trending Tudung --- terutama melibatkan Selendang  atau shawl… [pastu, mesti ada yang bersalah sangka… Fizah ni pakai tudung sebab trend.. kan.. kan..?]

Tidak! Tidak betul hokeh!!

Fizah pakai tudung Bukan sebab ikut trend!! Cuma disini.. Fizah nak cerita pasal Tudung,
Fizah nak cerita pasal tudung sebab, Fizah tak pakai sangat selendang…[sebab rasa tak seswai  dan lebih banyak nak kena piker pasal PIN jika pakai selendang] hariini, permulaan Bulan February 2015, Fizah try  la pakai selendang pergi kerja.. bajet dah Suke hokey.. sebab Berjaya Pusing-pusingkan shawl tu jadi Nampak macam tudung…Tetibe…

Member 1 : Fizah, Cantikknya shawl ko arini… ermm, tapi kan.. tapi.. ko pakai salah la ??!?!?!

Member 2 : Wow! Asal muka ko Nampak lain?? [Biasalah, Fizah kan makan Double stem cell..gee]
                       Tak!, Tudung ko tu, patutnya letak bawah sikit jurai dia.. Nampak pelik…!?!?! Haah!!

Kakak Opis : Adik lawanya arini.. mana beli tudung? Memang kena pakai macmni kew ?!!?
                       Apakah ?!?!?

Okey..Ok semua…


Fizah : nampaknya, memang tak boleh la shawl ni.. esok pakai bawal macam biasa je la..[pasrah]

Ni Fizah nak Tanya korang.. hak yang bershawl selendang bagai..yang tahu ke,
walau tak pakai shawl…memang ada RULE  eh pakai shawl??

Sebab hape bila Fizah Pakai ramai Sangat dok tego..?? Tak bleh kew, Fizah pakai ikot design Fizah sendri?? Kena same eh pakai shawl ni?? Konpius la!! Baru rangan nak pergi beli lagi.. alamatnya.. cari Bawal ajew la macam slalu.. stress sejenak i You!!

Meh sini nengok…

Salah eh Fizah pakai camni ??



                Salah ke ?!?!



NotA’qIL : kekadang memang susah untuk sesuatu perubahan, pasti akan ada orang yang mengecam                              
                   hebat!

                   Walaupon, hakikatnya—tak ade mende pon!!! Dah La’

Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD)

HFMD ?? Apakah iya?

Penyakit HFMD disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71). Penularan penyakit/virus HFMD adalah melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh (blister) dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam, luka (ulcer) di mulut, ruam atau lepuh di tapak tangan dan kaki. HFMD selalunya menyebabkan jangkitan ringan dan sembuh dengan sendiri. Namun begitu, segelintir jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan EV71
boleh menyebabkan komplikasi seperti radang otak dan jantung.



Haaaaa… Ko..’


Napenye kluar tajuk begini dlm AQiL ADA BLoG??


Ni nak habag mai kat hangpa sume..

Si Aqil anak mamaAbah, terkena jangkitan Virus ini… Memang x caya!! Sebabnya.. 
tang mane si Aqil bleh kena entah? Yang seingat Fizah, memang Aqil first time demam seminggu itu, lepastu sudah baik dalam 3 hari…tup tup.. demam lagi..

Aqil ini la first time demam sungguh! Sepanjang umur dia berusia setahun 4 bulan ini.. sebelum ini, Aqil jarang sakit yang betul betul agak merisaukan kami. Selalu pon kami tahu kalu nak demam sebab apa – tak sebab cucuk.. mesti sebab gigi tumbuh, tapi demam slalu sehari dah okey…

Tapi kali ini, seminggu Aqil demam… x de cucuk {cucuk lambat agy tarikhnya} 
macam org dulu –dulu kata, demam buh aja air asam jawa atas kepala…

So, fizah guna kekdah ini.. tapi.. hamper seminggu dok lihat Aqil x mosangat  minum.. x mo makan sangat.. ish.. ish.. nape loh kejap badannye panas.. kejap..sejuk ajew..ya..kejap..kejap.
Demam ini lah buatkan berat badan Aqil turun dengan mendadak.. Bila Malam, mesti badan Aqil panas macam air baru masak…so sudah berhari juga lah Aqil tido x de baju n sluar..

X pernah demam macamni sebelum ni…Alahai anak mamaAbah.. x mujarabkah air asam itu ?
Tiba suatu pagi sabtu, Aqil bangun dengan muka yang ceria.. eh.. eh.. Aqil anak mamaAbah dah sihat?? [Alhamdulilah, hatiku berkata] So, 
sempat arr gak bawak Aqil g expo baby kat pwtc aritu..[sayangnya tak terserempak ngan AkuBukanBidadari]



Aleh-alih.. Rabu  Demam lagi.. Alahai Aqil, nape sayang demam on off…on off..
Dan kali ini, Aqil jadi langsung – LANGSUNG x mau Minum susu… makan apatah lagi.. Bila Fizah tengok Aqil malam-malam, bibir dia Berdarah.. ada kesan pecah-pecah..

Owh Aqil, mama BUKANNYA  x sayang, bukan x prihatin, dan bukan juga sengaja tidak mahu bawa pergi cek Doktor..[mama Cuma tidak mahu bergantung dengan ubatan,..Mama rasa Aqil masih kecil ] lagipun, hari hari mama tanya pengasuh.. Aqil dia okey - kata IBU’ Aqil makan, tapi macam x lalu… Susu minum, tapi x banyak macam selalu..so mama x lah risau sangat..  at lease, Aqil masih makan n minum..Mama just assume, Aqil sedang beralih umur, mungkin.

Dan,
Mama kalu boleh nak ubat dengan cara tradisonal dulu, kalu masih tidak jalan.. baru kita g jumpa doctor keyy'  [Lagi skali, Fizah letakkan air asam kat atas kepala] tapi Fizah perasan Aqil macam menggaru aja, skejap garu kaki.. skejap..tangan.. pastu badan pulak digaru… ish..

Terus Fizah rasa something wrong somewhere… Demam n menggaru?? Sakit tekak kew sampai susah nak telan apape?? [ada rasa nak bawa jumpa doctor…tapi…x mo lah piker yang bukan-bukan..fikir positif, Aqil tengah build dianye metabolisma kot’?]

Fizah juga ada cek badan Aqil, macam ruam-ruam.. tapi berselerak.. bila Aqil garu, jadi ruam kat kawasan tu..
So, Fizah bubuh pula bedak sejuk..  kesokannya, sama saja rutin Aqil bila Fizah Tanya pengasuh.. jadi semakin x sedap hati.. sampai bila Aqil x makan n minum betul-betul? Masani, Fizah dah suspek dengan Denggi’.. sebabnya, Aqil muntah-muntah pulak bila minum atau makan.
Memandangkan  Malaysia bakal  bercuti panjang sempena Hari Wilayah n Thaipusam, Fizah x nak la tangguh lagi bawa Aqil jumpa Doktor [TAKOT DOKTOR PON X DE nanti, BERCUTI] 
so Sabtu lepas, pergi lah bawak Aqil..

Ha ko, betol sangkaan Abah!! Memang Abah Aqil dah agak..ruam badan Aqil adalah symptom HFMD, lagipon, abah slalu prasan Aqilnye bibir merah n pecah-pecah..[Abah prasan masa bermain ngan Aqil] Fizah?? Terustrang Fizah kata, x point sangat Penyakit ini! Sebelum ini, ada dengar..tapi takpernah rasa ini penyakit sirius! tak pernah juga  terpikir Aqil boleh mengalaminya..
Masa jumpa doctor aritu, siap dia soh kuarantin nya si Aqil.. Bila Fizah Tanya kenapa? Doktor kata penyakit ini berjangkit… Ahah?? Babtu Fizah x percaya Aqil terkena daripada siapa? Setahu Fizah, Bebudak kat rumah pengasuh tak ada yg sakit..Mungkin kah juga terkena time fizah bawak Aqil keluar jalan jalan kot?? Hal kebersihan slalu kami jaga, jadi memang tidak terpikir pon bakal kena penyakit ini..

Apapon, next time kami dah ada pengalaman , tahu serba sedikit  SImptom penyakit ini..  dan untuk pengetahuan semua, HFMD memang bahaya.  Dalam kes Aqil… alhamdulilah, sebab walaupon Aqil sakit, dia masih aktif bermain.. Doktor kata “ kalu next time dia demam, tengok pernafasan berombak atau tidak”.. Jika berombak, segera jumpa Doktor..

Sebab ada kes lain, sudah susah untuk diselamatkan jika kuman atau virus sudah terlebih merebak dalam tubuh kanak-kanak.. [bukan penyakit HFMD sahaja kita kena cek, demam lain pon kena berjaga-jaga] takot ter jadi kes lain pula [minta dijauhkan,amin] contohnya pneumococcal…ianya deman juga..jadi sentiasalah berjaga-jaga..wallahhualam…



NotA’qIL : memang patut IBUBAPA risau bila anak mereka “DEMAM”.. macam-macam boleh jadi melaluinya..dan Fizah, memang SUDAH  merasa kne marah dengan Doktor, So next time if Aqil demam, limit hanya 4 hari untuk pulih.. Jika berterusan.. Jawapannya – SILA BAWA JUMPA DOKTOR! MUKTAMAD!!