Rabu, 16 Mac 2016

RESIPI :: PUDING ROTI.







Bahan-bahan untuk PUDING ROTI :


ROTI
GULA
SUSU CAIR / SUSU SEGAR
TELO
ESEN VANILLA
MAJERIN / PLANTA 
KISMIS

semua bahan ini disukat ikot bekas nak buat puding,
lebih besar saiz- lebih banyak sukatannya.




Bahan-bahan SOS KASTARD :

1 tin SUSU CAIR
1/4 tin air [sila sukat guna tin susu tadi]
2 sudu besar TEPUNG KASTAD
2 sudu Gula
esen vanilla [guna 1 sukatan penuh penutup dia je]




Step by step memasak puding roti :



Fizah guna acuan macamni :
cawan minum teh
aluminium foil berbentuk bulat saiz buku tulis sekolah 



gambar diatas adalah sukatan gula yang Fizah gunakan
dalam 3 sudu besar gitu

Fizah minat manis!!



mula mula,



masukkan semua bahan dalam 1 bekas untuk di blend kan bersama,
Fizah guna bekas mixer sebab nak senang


masukkan 3 sudu besar gula
masukkan 2 cawan penuh susu 
Fizah guna full cream sebab suka manis!!



masukkan sebiji telo (putih dan kuning telo tu sekali)
[sebiji cukup sebab aluminium foil Fizah kecit je]


esen vanila - masukkan satu sukatan penutup dia je



boleh mula blenkan







guna mixer boleh
guna blender boleh
ala nak larutkan gula jer, bukan nak mix sampai kembang setaman tu

 kalu guna blender sila tuang adunan tadi  dalam bekas lain untuk step yang seterusnya,


seterusnya masukkan pula buter yang sudah dicairkan terlebih dahulu dalam adunan tadi

{lebih mudah guna bila ia sudah cair daripada nak blen sekali tadi masa berketul lagi}




Fizah cairkan 2 sudu buter dalam microwave je
boleh terus nak cairkan dalam acuan aluminium puding
senang tak yah guna banyak banyak bekas nak dibasuh


Fizah guna buter yang dicairkan sebab tak sapu butter tadi pada setiap permukaan roti,
takot muak masa makan nanti

dah masukkan buter tadi, blenkan adunan lagi sekali,
Fizah sambil masukkan buter tu Fizah lalukan buter cair ini sepanjang panjang permukaan aluminium
sebab malas nak oles oleskan lagi aluminium dengan buter kendian tak bagi puding melekat bila sudah masak

buat camni sonang

terus  jer!!


{anak kecit membantu didapur-semua kerja harus sepantas kilat}
dan haruslah tak perlu nak membasuh banyak banyak benda!
hehe



dah blenkan buter dengan adunan semua tadi bagi betul sebati,
masukkan pula roti dalam adunan blend tadi
Fizah carik carik jer roti tu buh terus dalam adunan tu
{untuk acuan aluminium foil ini Fizah pakai roti sebanyak takat tulisan gardenia tu je}



 camni la rupa dia bila semua dah kena masuk sekali dalam adunan blen tadi


letak jugak sikit kismis



okey,
BILA ROTI SUDAH ADA dalam bekas,
kena gaulkan saja pakai sudu- no more mixer

sebab nanti hancur la roti tu..kan..kan..


biar roti menyerap kejap dalam 3 saat seminit


baru tuang semua adunan roti tadi dalam aluminium foil yang sudah dilalukan butter tadi
biar aja kismis tu tertuang sekali
boleh selitkan celah celah roti tu




jadi sudah

selepas Fizah taburkan lagi kismis kat atasnya pulak
banyak banyak


tekan tekan sikit lagi bagi dia mampat rapat rapat






Fizah kukus guna PEMANGGANG AJAIB''

sapa nak bakar guna oven pon boleh silakan







kukuskan dalam 15 - 20 minit camtu



puding akan kembang jadi cam gambar ni bila sudah masak





dah siap...


boleh biarkan sejuk sendiri atas ni
atau masukkan dalam peti ais


Fizah sejukkan atas dapo ni saja,
sebab pemnggang ajaib ni boleh ditutup

jadi kebersihannya terjamin sikit walau dibiarkan lama atas dapo



lagi pon, sodap agy makan suam suam dari makan sejuk peti ais..






jemput makan..



Series kena ngan tekak Fizah!!

SUKATAN RESEPI INI- SESEDAP MANIS YANG FIZAH SUKA''


korang boleh la ejas guna jenama / brand lain lain yang ada
pasti rasa dia juga akan lain

untuk penggemar manis
boleh la tiru bulat bulat resepi Fizah ni
series tangkap leleh punyeee...



SOS KASTAD???


Fizah tak suka bersos kastad tu, sebabtu buat manis terus puding ini,
makan begitu sahaja


INI RESEPI SOS KASTAD:


bahan seperti di awal entry tadi


sebab selalunyakan tepung kastad ini selalu berketul ketul bila kita letak dalam air,
pastu mudah hangus bila nak gaul sampai sebati tu - makan masa,
jadi kita mixkan dulu semua bahan sos sebelum bukak api,
kacau kacau dulu bagi dia larut sebati
dah macam sebati ketul ketul sikit,
baru onkan periuk tu, boleh guna periuk masak maggie tu,
baru kita teruskan kacau lagi dan lagi 
sampai tepung kastad tadi dah hilang ketulannya,
guna api sederhana jer sambil kacau tu,

masak la tepung sampai nampak ia dah pekat.

SIAP!

TEPUNG KASTAD NI LAGI PEKAT BILA DIA DAH SEJUK NANTI'

jadi sila ejas sendiri ya.






contoh sos kastad dari Encik Google







NotAqiL : SELAMAT MENCUBA...



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan