baru baru ini,
Fizah ada kongsi Kisah AQiL
yang sering menangish bila dilahirkan...
seawal umur dia sehari lagi,
dalam ward lagi masatu,
AQiL berkeadaan menangis tak tentu masa...
bukan nak kata bilik yang Fizah dapat tu yang problem...bukan...
bukan juga hospital itu jugak yang problem..
bukan pon sebenarnya...
sebab sebelah menyebelah juga ada orang yang baru lahirkan bayi masing masing...
dorang tak pulak bayinya nangis nangis macam AQiL..
itulah... ujian itu sebenarnya....
****************************************
ikutkan petang lepas bersalin tu lagi nurse sudah beri AQiL pada kami...
suruh Fizah susukan AQiL dengan kolestrum pertama tu..
memang tak la lama sangat pon gap waktu nak kata AQiL awal awal terbiar melalak lalak kehaper time yang doktor nurse guna untuk cek AQiL...
Fizah rasa anak orang lain pon diberi pada ibu bapa mereka lepas selesai prosedure cek cek bayi..
tak dew pulak kata bayi kene tahan lama lama ngan nurse ke hape..
sampai merajuk nak menyusu...
tapi yang pasti,
apa yang Fizah perasan waktu itu
AQiL tak pandai nak menghisap...
bila dia sungguh mencuba.. dia macam putus asa...
masa keadaan ini berlaku, Fizah terasa sangat sangat kesal...
kalau lah Fizah ada ilmu praktikal tentang pengalaman bersalin dan penyusuan...
Fizah akan sebolehnya elakkan keadaan yang dah dialami saat AQiL lahir dahulu berlaku lagi pada kelahiran yang akan datang..
insya-allah... boleh diperbetulkan lagi...
sepanjang hari pertama itu juga, AQiL lebih banyak menyusu pada satu belah sahaja...
sebetulnya... walaupon ada air susu keluar di kedua dua belah,
Fizah mengalami saluran susu yang tersumbat..
menyebabkan AQiL sangat sangat tidak puas untuk menyusu...
menambahkan lagi sebab mengapa AQiL menangis dengan kerap..
BOLEH KATA setiap masa dia mahu menyusu...
sehingga Fizah tidak boleh langsung tinggalkan AQiL
tanpa dia tidak menghisap apa apa...
bukan tak mahu berikan puting..
tapi rasa kejam pulak la kan baru lahir pulak lagi dah nak dibagi..
lagi pula Fizah memang niat nak fully breast feedkan AQiL...
ALHAMDULILLAH TELAH BERJAYA.
huuu...
*****************************************************
betol bila ada yang kata bayi akan tido lebih lena bila dia kenyang!!
jadi sudahlah AQiL kuat menyusu...kerap pula lagi...
sepatutnya lagi kerap lagi kuat... akan lebih terhasil banyaklah kan susu dalam badan...
dalam kes AQiL ni...
ya memang susu Fizah jadi banyak... tetapi... AQiL tetap tido tidak lena...
tetap tido tak sampai berjam pon... boleh kira berapa saat sahaja...
pastu dia akan terjaga dan menangis...
hai la AQiL... MENANGIS AJA KAMU!!
AQiL seolah terlebih kenyang pon ada!! bila lihat dia macam senak senak sudah badantu...
sampaikan Fizah dah tak tahu nak buat apa lagi ketika itu...
orang lain sudah lena tido malam..kamu nangis lagi..
siang muncul... nangis lagi....
sudah seharian menyusu... tarik puting biar lepas.... kamu nangis lagi...
adeh...
*****************************************
sebabkan AQiL menangis jugalah, Fizah gagah mendokong dia seawal sehari lepas operate...
tak tahan dengar dia mengis walau sudah puas menyusu hinga terasa sudah kosong pon breast mase tu... apa yang utama, yang perlu didahulukan adalah AQiL ..
AQiL dulu yang Fizah perlu tenangkan supaya dia tak melalak lalak...
Fizah juga otomatik lupa tentang sakit bersalin itu semua..
janji AQiL kurang menangis...
sudahlah Fizah bersalin seorang diri - Tak terjangka nak kene operate kan!!
sudah pulak lagi... tiada siapa yang boleh temankan tidur...
relative tak ada katil untuk tido- kena balik
jadi serba serbi sejak dari bersalin..
Fizah uruskan sendiri...
sempat mandi bila nurse ambil AQiL untuk cek bacaan harian..
selebihnya...Fizah seorang diri melayan AQiL.
husben Fizah masetu datang bila waktu melawat sahaja... selebihnya dia kerja.. nak melangok sahaja tepi Fizah pon tak guna sebab Fizah masih ada dalam ward...ada waktu lawatan...
jadi pelan pelan la dokong AQiL tawaf tawaf kecil bagi dia diam...
bila teruk sangat nangis tu... sua lagi supaya AQiL menyusu...
itu jugak yang boleh buat AQiL diam sebentar...
******************************************************
sebaik lah hari ke-3 Fizah sudah buang Air besar
{syarat untuk pulang ke rumah bagi mereka yang bersalin operate}
dengar saja boleh balik... bersyukur sangat..
sebab Fizah dah kesian sangat kat pihak pesakit lain...nurse semua..
asik dengar aja AQiL melalak lalak...sampai tak boleh nak rest..
biar Fizah penat tak apa...
janji AQiL tak mengis...
itu saja dalam pikiran saat itu..
keluar ward terus balik rumah MAK Fizah...
berpantang lah seorang diri juga...
*********************************************************
NotAQiL : Ujian... bersyukur sangat rasanya dikurniakan anak seperti AQiL.. Menangis... tapi 2-5 tahun akan datang.... dia akan lebih bersama kawan kawannya... pada saat itu... Fizah mungkin akan teringat betapa RAPATNYA kami saat saat dia baru lahir ke dunia ini...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan