Khamis, 17 September 2015

Pentingnya Follow Up Anak bila dah cecah umur 2 tahun...


Pada minggu lepas, sehari selepas umur AQiL mencecah 2 tahun,
Fizah pergi Chek up klinik kesihatan AQiL
sebab memang dah ada temujanji
dengan pihak KK dia.
Ikutkan Hati Fizah malas aja nak pergi,
Sebab sudah dimaklum oleh nurse yang AQiL sudah cukup injection dia
[kalau ada lagi injection bila AQiL start sekolah nanti]


Jadi factor kemalasan itu memang terserlah,
Bukan apa malas nak paking paking kereta bila pergi cekup AQiL selalu,
Asal gi klinik aja mesti Fizah kena round berkali kali untuk pakingkan kereta.

Kalua ada keluarga yang baru habis follow up,
baru Fizah dapat paking,
kekadang sampai kena marah dengan nurse
sebab datang tak ikot time temujanji yang mereka rekodkan.
[garang kun nurse Gomen ni???]

Hihi


Macam biasa la cek up gomen,
Step tiap kali pergi pon semua sama
Amik timbang berat ukur tinggi AQiL
CEK ITU INI

Dan sekali sebelum nak balik….

Fizah di suakan  [Ubat ] oleh nurse yang cek AQiL

Dalam fikiran Fizah,
Ish manede injection arini rasenye?
Ubat ape pulak ye?







****************************************************************************





Fizah pon belek belek balik label
Seruis tak paham
[tak familiar ngan nama ubat yang diberi]

Si nurse pulak lepas pas kat Fizah ubat tu,
Belum sempat explain
Ada pesakit nak terberanak pulak tarikh sama follow up AQiL..
Nurse sempat suruh Fizah tunggu sekejap saja.


Erm…
Ubat ape ni?


***************************************************************************







ALBENDAZOLE



**************************************************************************

Owh,
Ubat Cacing bagi AQiL makan- malam itu juga kata nurse.
Terus dalam pikiran Fizah dah bulan penuh ke sekarang??
Bukan ada pantang larang ke bila kita nak makan ubat cacing???

Malam tu  dalam rasa kekeliruan
Nak bagi atau perlu tunggu bulan penuh,
Fizah dah pon beri AQiL ubat cacing ini,
Fizah anggap saja ayat nurse itu mujarab

Kata nurse jangan risau nak beri makan
ubat itu akan mematikan terus cacing cacing
dan ia akan keluar melalui najis AQiL.
Ubat sekarang tidak macam ubat zaman dulu-dulu
Zaman mak pak kite sampai kena tengok bulan timbul ke tak..

Okey iolah nurse!!
Bahik’’



**************************************************************************

 Nak tahu kenapa pentingnya beri ubat cacing pada anak kita?


Sebab kecacingan adalah perkara yang agak lumrah di kalangan kanak-kanak
terutama yang selalu keluar rumah tak pakai selipar,
makan itu dan ini yang tidak dimasak atau separa masak,
terutama di kawasan rumah yang kurang bersih
atau mempunyai laman yang bertanah.


Cacing-cacing yang popular:-

Cacing gelang (Ascaris Lumbricoides) - besar macam gelang
boleh masuk hati dan paru-paru.

Cacing kerawit (Necator Americanus) - ada gigi tajam tapi kita tak Nampak
masuk melalui kaki, kuat hisap darah

Cacing rambu atau cacing benang -
selalu melekat di kawasan dubur, halus

Cacing pita - macam pita, pipih tapi panjang
susah nak dibunuh.

Antara tanda-tanda anak-anak yang kecacingan ialah (bergantung kepada jenis cacing) :-

* Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
* Kegatalangan terutama di kawasan punggung, lebih pada waktu malam
* Sakit perut, cirit-birit, lemah badan, kembung
* Tiada selera makan, pucat, kurang berat badan walaupun selera makan ada
* Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)
* Demam, ruam-ruam badan, alahan
* Kaki gatal, sakit dan ruam pada kaki, bengkak kaki (untuk cacing kerawit)

Apa yang anda perlu buat :-

1. Jumpa doktor untuk mengambil ubat cacing
2. Semua ahli keluarga juga harus memakan ubat cacing ini termasuk ibu dan ayah
3. Potong kuku pendek
4. Basuh sayur-sayuran bersih, masak betul-betul terutama daging
5. Pakai kasut atau selipar ketika keluar rumah
6. Sekiranya ada haiwan peliharaan seperti kucing, periksa juga tapak kaki dan badan mereka
7. Amalkan membasuh tangan (anda dan anak anda), sebelum dan selepas makan.
8. Juga cuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas membuang air besar
9. Kerapkan membersih badan dan mencuci dubur untuk menghilangkan telur cacing yang ada

Ada 2 jenis ubat cacing :-

1. Albendazole/ mebendazole

Ubat ini bertindak menghalang penyerapan gula dan menyebabkan cacing-cacing tersebut kehilangan tenaga dan seterusnya mati.

2. Pirantel Pamoate

Ubat ini juga tidak larut di dalam air. ubat ini akan melumpuhkan otot cacing dan menyebabkan cacing-cacing tertanggal dari dinding usus dan dikeluarkan bersama-sama dengan najis.

Oleh itu, segeralah ke klinik jika terdapat  gejala-gejala di atas.
Dan seisi Family perlu memakan ubat cacing
walaupon salah seorang ahli saja yang kecacingan.


AQiL makan terus sebotol ubat yang diberi mlm tu.



* Wanita mengandung & bayi bawah 1 tahun dilarang sama sekali dari mengambil apa jua jenis ubat cacing !



NotA’qIL :   Jangan Lupa akan ubat cacing bila anak kita sah sah sudah boleh berjalan!! sebaik pergi follow up tempoh hari, ada juga Hikmahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan