Jumaat, 21 Ogos 2015

Kisah NASI LEMAK zaman sekarang…




Cer Tajuk….

Weh..weh…

Ade yang mikirin something ya???

YA??!

Eyhhh…eh….


Ni memang Cerita tentang NASI LEMAK ya!


Nasi lemak yang  kita makan tu… nasi yang berbau daun pandan tu…


Nak la tulis sikit kat sini, sebabnya Fizah memang biasa beli nasi lemak pagi-pagi…
Kekadang petang pon dah ade yang jual sekarang… 
malam pon  boleh jugak dapat, 
lagi  lagi yang pesen nasi lemak bungkus kecik kecik tu…

Sekarang boleh kate  nasi lemakni dah bukan menjadi menu untuk sarapan sahaja.. 
ia boleh jadi menu bila-bila masa yang kita mahu makan…

Yang buat Fizah nak cerita ni, 
Fizah nak rujuk pada apa sebenarnya yang kita tengok..
kita pandang… 
dan berkata ia adalah nasi lemak??

Sebabnya, 
dah beberapa kali jugak Fizah rasa FRUST sangat bila ter-BELI 
nasi lemak [pada namanya] 
tetapi bila nak makan…
HAMPEH!!!

Ya, memang ia masih dikatekan sebagai NASI LEMAK, sebab…

Nasinya memang dibuat dengan lemak santan – kadang kadang ada bau daun pandan..
Ya memang sah-sah kita akan gelar ia nasi lemak…
Tak mungkin lah kita nak panggil nasi itu nasi kerabu ye tidak??

Yang menjadi tak puas hati Fizah tu….
Cube korang-korang tengok ni…



NASI LEMAK?


 [gambar ini memang Fizah ambil masa suapan yang ke-5 sambil terasa sangat tidak puas di dalam hati]


Nasinya betul berlemak barbau pandan, tapi…..

[telo rebus x dew, ikan bilis tokey dah simpan, timun malas nak potongkan, kacang kita tak mintak tak la dia sediakan.. ade kedai pulak bila kita mintak baru nak bagi, nak cedok sendiri tak bagi pulak?]


Pernah tak korang sume, beli nasi lemak pesen macamni?

Fizah sebenarnya dah pernah la beberapa kali, 
pergi satu satu kedai ni, order nasi lemak,
tuan kedai akan bagi NASI dia sahaja….

Niat taukey tu apa yang kita nak letak kat nasi itu ditentukan oleh pembeli itu sendiri…

Fizah sebenarnya memang tak suke beli nasi lemak
kalo tukang kedai masih tak sediakan set nasi lemak
sebelum pas kat kita untuk tambah bahan.…
Sebabnya nanti kita akan dapat nasi lemak macam kat atas tu la..
[lagi-lagi bila bahan bahan nasi lemak dah habis taukey taknak topup topup]

Sepatutnya,
Tak kira lah mana mana kedai yang nak jual nasi lemak pon..

Biarlah kalo pembeli tu kata nak oder nasi lemak…
 Sekurangnya, sediakan lah nasi set yang macamni…




 Fizah belajar set atasni baru boleh kita panggil ia nasi lemak!



Baru la kalo kate' 
pembeli tu nak tambah ape dia nak..
ikot apa yang dia mahu…
makcik..saya bukan nak beli NASI berLEMAK itu semate taw!!!



Kalo pembeli tu nak letak telo mate ke…nak letak sotong ke…udang ke…ayam ke…

Janji dah dapat set nasi lemak BASIC tu terlebih dahulu…

Baru lah jika cas lebey RM 5.00 tu kita rasa berbaloi..
Kite boleh la consider sebab set nasi lemak kita ++ lauk satu jenis…
Ini tidak…

HAMPEH!!

*bukan beli tempat privet hellooo'''


Nak untung saje taukey yang kedekut set nasi lemak ni…
Paling Fizah geram dekat tuan kedai yang bila saja Fizah mintak telo rebus 
[sebab patunya itu kan basic] pastu Fizah tambah letak pulak telo mata…
Eh eh… 
dia boley plak kira Fizah amik 2 jenis lauk ?!?!?
Tak pepasal nasi lemak jadi RM 6.00…
[dan best tu, kacang timun pon bukan nya ade sekali]
TUIHHH!!!

DASAT MENTAKEDARAH betooolll!!!


Fizah boleh aje terima kalo nasi lemak yang dijual tu jenis pesen yang bungkus siap siap kecik kecik tu…


Memang Fizah pon paham, ia kecik tak muat nak letak semua bahan dalam satu bungkusan…
Ade jugak yang memang dah kelaskan awal awal, ia sama ada  berlauk  sotong, udang atau telo..
Harga pon biasanya paling tak bawah RM 2.OO…
Memang kena la dengan saiz nasi lemak macamni… KECIK.



NASI LEMAK IKAN BILIS 
betol betol ade ikan bilis sahaja dalamnya 
[saiz memang KECIK]



Tu pon, kecik kecik macamni pon… ade jugak taukey yang ingat janji dia dengan TUHAN, supaya berniaga sebagai ibadat… dan bukan mengaut keuntungan semata…
Sediakan jugak set lengkap [basic] walupon ianya bungkusan kecik kecik macamni…





Walaupon nisbah sedikit, tapi ia tetap set lengkap!


Terus terang Fizah cakap, mane mane kedai la kan yang Fizah dah terima satu set nasi lemak macam HAMPEH TU… memang Fizah dah tak akan beli lagi dekat situ..cukuplah hari makan nasi lemak yang tak gembira Fizah ada…





NotA’qIL :  kenapa ya masih terdapat jugak pesen kedai yang memang tak suka sediakan set nasi lemak yang basic kepada pembelinya? Memang pesen jual nasi lemak style macam ni ke zaman kini? Macammana dengan waris kita akan datang bolehkah mereka tahu yang mana asas set nasi lemak yang asli?? Hurmm..







Tiada ulasan:

Catat Ulasan