Sabtu, 18 April 2015

SAKIT TULANG BELAKANG Kuuuu



Baru kamis migu lepas ritu bawak AQiL jumpa Doktor Paeds dia…
Lama kata nak jumpa doctor dia, baru itu dapat
 [slalu dapat doctor ganti bila bawak AQiL pergi cek demam sebab bukan waktu opis]
Si AQiL dah namanya DEMAM.
mesti feling-feling nya pon lain macam…

Ari tu sepanjang masa la kat Klinik doctor tu AQiL nak berdokong, nak dipeluk
nak dapat haba badan mak nya ni. Manja sakit lah katakan.

Fizah kena la dokong AQiL lebih dari biasa… hari lain ada la jugak dokong
tapi kat area-area tertentu… bukan la sepanjang hari macam kat klinik tu
 nak berdokong -> NON STOP!!!

Sebab AQiL demam, dia nak manjey-manjey lebeyy pulak..

AQiL muka time Demam.


Yang jadi sampai ke petang tak balik dr klinik tu pulak sebab menunggu result darah AQiL..
Risau sebab slalu sangat dah si AQiL demam selang-selang itu yang kena cek darah..
Takot ada hal-hal lain.
Alhamdulilah,
AQiL Cuma demam biasa..
[mungkin sebab nak tumbuh gigi graham dia buat asik demam tak sudah ni]



 kena cucuk tangan amik darah ... MERAUNG SAMPAI KENA BEDUNG!!!





Demam, Selsema, Batuk, Muntah.. Dapat SEKERIM jugak sebab MULUT PON uLSE''
suka lah tu !!




petang sampai aja dirumah balik dari klinik tu…

Haaa….

Inilah Fizah baru rasa -> macamana rasanya sakit tulang belakang.

SERIUS
Rasa sakit memang tak tahu nak gambarkan kat semua macammana.. sebelum ini pernah ada member sakit tulang belakang macamni.. sampai MC tak kerja.. masa dulutu pada Fizah apalah sakitnya sampai tak boleh nak pergi kerja… sakit kat belakang, kaki kan boleh jalan..

Ohoh mulut jahat kan..kan…



 Pergi kemana saja...
mesti ade yang AIM bulu matamu anak... 
Kurniaan ALLAH, 
alhamdulilah 
cantik.
Panjang dan lentik - lentik gitu...
lalala.. :)


Ni rasakan, Fizah pulak yang dapat rasa macam mana sakitnya itu..
rasa sakit tulang belakang

SAKITNYA TU DISINI..
Di dalam…
Tulang ku…

Uhuiiii..
Sakit sungguh!!

*nasibla masa di klinik dan dalam perjalanan Allah gagahkan lagi rasa sakit tulang Fizah ni. Kalau la terasa sakit time tu, macam mana la Fizah nak drive balik rumah? Husben tak ikot nak tolong sebab tengah kerja ..Kan..kan..

Bayangkan sampai dalam rumah, sakit tulang belakang Fizah otomatik terasa sangat,
 masa nak bongkok aja dah macam nak tercabut tulang pinggul ni.
Paling terasa sakit sebab tulang Fizah macam nak patah aja, tak boleh nak bengkok-bengkok, kena lurus-lurus tegak aja.

Masa nak bengkok tu Fizah terus saja baring sebab sakit sangat. Tahu apa jadi?
Fizah sudahnya tak boleh pulak nak bengkokkan badan nak bangun semula.
SERIUS MACAM ORANG LUMPUH SEPARUH BADAN.
Kena tegak dan lurus saja tulang ni.

Ade jugak Fizah try berpaut kat sofa untuk bangun,
Ya ALLAH. Sakit.

Semalaman Fizah rasa sakit dekat tulang, sakit bertambah bila Fizah baring mengiring..

Esok-esoknya memang Fizah gagahkan badan untuk pergi kerja, Fizah bajet  Fizah masih boleh tahan sakit. Mandi makan solat semua Fizah boleh tahan, jadi sayang pulak Fizah nak amik cuti lagi sebab sakit tulangni.

Kat ofis, Fizah jadi kaku tak bergerak banyak.. Tunduk-tunduk sikit terasa balik macam nak tercabut tulang belakang ngan tulang pinggulni. Rasa macam tulangni nak terpisah aja, sebab rasa tegangnya ya ampun..
SAKIT TAW!!!

Pastu ada opismate ni dok tego,
 sebab Fizah cakap Fizah sakit sangat 
dekat area tulang belakangni 
(sambil tunjuk kat dia belakang Fizah yang sakit) 
Tahu apa opismate Fizah cakap?


OPISMATE : Ko sakit sangat ke Fizah? 
Masa AQiL lahir operate kan? 
Nanti bila ko mengandung anak ke-2
 ko akan rasa yang sama macam sekarang. 
Aku dah merasa, 
doctor cakap sebab 
KESAN EPIDURAL MASA MELAHIRKAN anak dulu.


FIZAH : EPIDURAL ????


Jarum yang panjang inilah buatkan Fizah boleh ME-rasa sampai sekarang.




EPIDURAL  di inject ke tulang belakang ibu bagi ibu yang tidak boleh melahirkan anak secara normal. Injection ini diberi bagi menghilangkan rasa sakit ketika perut dibelah semasa proses kelahiran berlaku.

Ada ibu yang tidak mahu mengambil injection ini, tetapi sanggupkah anda tahan dengan ketajaman pisau yang digunakan oleh doctor untuk membelah perut kita? Dan sanggupkah anda tahan sakit apabila doctor mula menjahit semula perut anda?? Dan anda perlu ingat anda adalah dalam keadaan separuh sedar à bukan KOMA’ dan juga bukan sedang TIDO LENA yang mungkin tiada masalah jika anda dibedah sebegitu.

Makanya EPIDURAL memang perlu bagi memudahkan proses kelahiran tersebut sebagai ubat penahan kesakitan. Bayangkan kalau tak ambil epidural ini, mahu anda terjerit-jerit kesakitan, nak jahit sikit menjerit-jerit sampai proses yang sepatutnya boleh selesai dalam sejam, menjadi lewat hampir berjam-jam sebab anda menahan sakit jarum jahitan yang digunakan. JADI KITA KENA LIHAT MENGAPA PERLUNYA SESUATU ITU, bukan untuk sesaja ok.

Daripada pengalaman sakit tulang belakang Fizah ini, ya memang tempat yang rasa sakit ini sama macam tempat epidural diinjetkan pada Fizah haritu. Fizah boleh ingat lokasi yang diinjet sebab ketika ubat dimasukkan ke tulang Fizah, rasa sakit adalah sama macam yang Fizah tengah alami sekarang. Macam tulang nak tercabut.
[i ‘ollls gigil taw time kena enjit tu]

Fizah tak nak labelkan epidural tidak bagus, sebabnya Fizah mahu melahirkan lagi dan mungkin Fizah juga akan tetap menggunakan epidural untuk kelahiran seterusnya.
Apa yang Fizah boleh cerita,
KEBANYAKAN rakan yang juga ambil epidural,
memang ada yang rasa sakit tulang belakang yang sama macam Fizah alami ini.

Pada Fizah, factor kenapa Fizah sakit ya amat sebab..
Fizah MEMANG TAK MINUM SUSU!!!
FIZAH TAK PERNAH AMBIL KALSIUM TAMBAHAN!
Fizah jarang makan sayur dan buah-buahan.
Fizah juga tak pernah nak jaga kesihatan tulang Fizah..

jADi, mungkin ada yang mengambil epidural tapi tak pernah rasa sakit tulang belakang .

Kita jangan dok lihat orang, kita lihat apa yang ada pada diri kita dulu.

Kesimpulanya, memang Fizah boleh jangka sakit tulang akan kena jugak pada Fizah.
BUKAN SEBAB EPIDURAL, MUNGKIN SEBAB DIRI SENDIRI.




>>>><<<<





ODW balik rumah, AQiL lebih selesa duduk di'seat belakangRUPANYA KAMU TERTIDO...cian kamu bila sakit.





NotA’qIL :  Berat AQiL as setahun 6 Bulan -> 13.8 kg. J




Tiada ulasan:

Catat Ulasan