Jumaat, 29 Januari 2016

GARCINIA CAMBOGIA : Yang Tengah Inn Sangat SEKARANG!!!!



Dah tahun 2016,
mesti ada azam baru kan...

so ini adalah entry untuk mereka yang sedang dalam proses

MENURUNKAN BERAT BADAN!!!


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

2-3 tahun kebelakangan ini,
dah banyak taw PRODUK KURUS berasaskan GARCINIA CAMBOGIA
diwujudkan kat MALAYSIA ni...


Sebelum ianya menjadi TERLALU PEMES [cam sekarang ni]
ada aja PRODUK KURUS terdahulu berasaskan CAMBOGIA ini..
Cuma ianya produk keluaran negara Luar .

jadi kita rakyat Mesia nih...
mesti Tak terasa pon nak cuba...
apatah lagi nak beli dan consume secara berterusan....


walaupon banyak dah yang berjaya dengan produk berasaskan CAMBOGIA ni..
ramai lagi yang lebih prefer dengan cara dan makan supplement lain yang HOT HOT jugak...


so sini Fizah nak share sikit apa sebenarnya GARCINIA CAMBOGIA ni.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Di mana asalnya Garcinia Cambogia ??



Garcinia Cambogia adalah sejenis buah berbentuk labu berwarna kuning. Buah-buahan ini negara asalnya adalah dari Indonesia, tetapi boleh juga didapati di bahagian-bahagian Asia lain, Afrika dan India. Garcinia Cambogia biasanya dijadikan bahan masakan dan penambah rasa untuk beberapa tahun terdahulu. Di sesetengah tempat di Malaysia, buah-buahan ini dimakan sebelum kita makan makanan utama untuk membantu meningkatkan metabolisma badan seterusnya dapat mengurangkan berat badan.

Garcinia Cambogia adalah tumbuhan semulajadi. Oleh demikian, tiada bahan kimia atau bahan tambahan berbahaya lain yang boleh ditambah kepada pil diet dan makanan tambahan kesihatan yang mengandungi Garcinia Cambogia. Kerana Garcinia Cambogia bersifat semulajadi juga, ia mengandungi seribu khasiatnya yang tersendiri kepada yang memakannya.

***pssst : sebab itu produk Garcinia Cambogia lebih diyakini , kerana ia hanya boleh bergabung dengan bahan yang SEMULAJADI sahaja!! No bahan bahan KIMIA!

Kebaikan Garcinia Cambogia
Menyekat selera makan
Garcinia Cambogia membantu menyekat selera makan dan selera mengidam. Ini membantu anda  menguruskan berat badan anda. Ia juga tidak mengandungi kafein. Dan kerana itu juga, tidak digalakkan bagi mereka yang ingin mengandung mahupun sedang menyusu untuk memakannya.

Meningkatkan Metabolisme dan Tenaga dalaman badan
Sel-sel lama lemak tepu badan yang dibakar sebagai ekstrak menghalang sel-sel lemak baru daripada terbentuk. Ini akan meningkatkan metabolisme anda dan memberi anda lebih banyak tenaga. Kehilangan berat badan akan mengambil masa yang lama jika sel-sel lemak baru terbentuk di atas lemak yang lama. Dengan mengambil Garcinia Cambogia yang tulin, anda tidak akan mempunyai perasaan lesu di waktu tengah hari mahupun berasa lapar dan anda akan menjadi lebih produktif juga.

Merendahkan Tahap Kolesterol
Garcinia Cambogia mengandungi Asid Hydroxycitric [HCA] yang diketahui umum mengandungi tahap kolesterol yang lebih rendah setara dengan tahap lipid darah kita. Ini dapat meningkatkan kesihatan badan dengan secara keseluruhannya.

Pengurangan berat
Garcinia Cambogia berfungsi besar bagi penurunan berat badan. Asid Hydroxycitric yang terkandung didalamnya membantu blok lemak dan gula di dalam badan. Ia membantu menyekat selera makan anda. Ia mengurangkan atau menghalang sel-sel lemak daripada terbentuk di dalam badan, membantu anda membakar lemak berlebihan dalam badan. Garcinia Cambogia juga boleh membantu anda mengawal nafsu makan, membantu mengelakkan anda makan berlebihan akibat masalah ganguan emosi atau tekanan. Ia juga mengawal selia tahap kolestrol anda dan mengawal lemak dari terkumpul dalam badan anda.

Meningkatkan Mood Anda
Garcinia Cambogia boleh membantu meningkatkan mood orang yang mengambilnya untuk lebih berada dalam suasana yang baik serta menawarkan beberapa manfaat. Anda tidak akan merasa tertekan dan beralih kepada mood untuk makan, beremosi atau stres. Garcinia Cambogia merangsang pengeluaran serotonin anda. Serotonin adalah neurotransmitter rasa yang baik yang mengurangkan kebimbangan, kemurungan dan gangguan mood lain. Ini adalah bagus bagi mereka yang cenderung untuk makan apabila mereka berasa tertekan atau stress. Dengan mood yang lebih baik, kecenderungan untuk minum-minum dan makan juga akan dikurangkan.
Garcinia Cambogia juga meningkatkan kesejahteraan anda dengan mengurangkan tahap hormon tekanan anda. Kolestrol boleh berkumpul dalam badan dan menyebabkan pelbagai kesan berbahaya seperti pertambahan berat badan. Tahap Kolestrol  tinggi menggalakkan pengumpulan sel-sel lemak tepu di dalam perut anda. Ia juga boleh menghalang hubungan antara glukosa darah dan insulin. Ini mengurangkan tahap tenaga anda dan meminta otak untuk menyampaikan nafsu memakan makanan untuk mendapatkan lebih banyak tenaga. Dengan mengurangkan tahap Kolestrol anda, anda akan kurang mengidam dan mula untuk meningkatkan metabolisma badan.

Meningkatkan Sistem Imun Anda
Terdapat pelbagai sebab mengapa anda mempunyai sistem imun yang lemah. Mungkin anda mempunyai penyakit yang memberi kesan kepada sistem imun anda. Tidak makan dengan baik atau tidak mendapat tidur yang cukup boleh menyebabkan sistem imun anda merosot. Dengan mengambil Garcinia Cambogia, anda tidak perlu bimbang tentang sistem imun anda yang lemah.
Garcinia Cambogia mengandungi Vitamin C, yang membantu tubuh melawan jangkitan dan selesema. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa mengambil Garcinia Cambogia dapat mengurangkan tempoh selesema . Jika mengalami juga selesema ketika waktu sejuk, anda tidak akan sakit selama yang anda biasanya akan alami apabila anda mengambil Garcinia Cambogia.
Mengambil Garcinia Cambogia juga dapat membaiki kerosakan sel sel hati anda.

Apa yang Anda Perlu Tahu Sebelum Mengambil Garcinia Cambogia
Mereka yang mengambil ubat-ubatan berkaitan kolesterol tidak boleh mengamalkan pengambilan Garcinia Cambogia. Ini kerana mengambil Garcinia Cambogia apabila anda mengambil ubat-ubatan tersebut boleh meningkatkan kemungkinan berlakunya degenerasi otot [penarikan otot/kejang] dan rhabdomyolysis.
SENANG KATA : Kalau anda sedang consume ubat kurus lain-yang boleh menurunkan kadar kolestrol badan, anda tidak boleh sama sekali makan PRODUK BERASASKAN GARCINIA CAMBOGIA.
Garcinia Cambogia adalah agak selamat untuk kebanyakan orang, tetapi terdapat beberapa keadaan di mana seseorang itu tidak digalakkan untuk mengambilnya.Individu yang mempunyai demensia atau penyakit Alzheimer tidak digalakkan untuk mengambil Garcinia Cambogia kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan mereka. Wanita hamil dan menyusu juga tidak digalakkan untuk mengambilnya.


Apakah Dos yang disyorkan?
Garcinia Cambogia yang ori dan tulin mempunyai sekurang-kurangnya enam puluh peratus HCA. Asid Hydroxycitric ini adalah bahan utama yang menyekat selera makan anda. Pastikan setiap produk Garcinia Cambogia anda adalah seratus peratus tulen dan ia telah disahkan oleh jabatan kesihatan bagi mengelakkan kita termakan produk Garcinia Cambogia yang tidak mempunyai specifikasi yang betol . Produk Garcinia Cambogia yang dihasilkan dipasaran boleh didapati dalam bentuk ekstrak, kapsul, bar, serbuk mahupun berbentuk tablet. Dos yang biasa untuk diamalkan ialah 300-500mg tablet tiga kali sehari, diambil di sekitar tiga puluh minit sebelum waktu makan. Untuk memaksimumkan manfaat Garcinia Cambogia, anda perlu membelinya dari sumber yang diyakini.
PASTIKAN IANYA ADALAH ORIGINAL GARCINIA CAMBOGIA!!
Jangan tertipu ya!!

Bagaimana Garcinia Cambogia Berfungsi?
Garcinia Cambogia sangat popular sekarang kerana ia SEDANG INN - SEDANG HANGAT diiklankan secara meluas kini. Ia telah dibentangkan bersama-sama dengan data kajian klinikal yang menunjukkan mereka yang mengambil Garcinia Cambogia dapat menurunkan berat badan masing masing dengan begitu berjaya.
Garcinia Cambogia adalah anti-oksidan semulajadi. Ini bermakna bahawa ia mampu pengoksidaan sel-sel lemak. Ia bermula dengan lemak yang disimpan pada pertengahan [lemak tepu dalam badan]-seksyen dan sub-kulit dan ia aktif bekerja dari sana. Garcinia Cambogia juga bertindak sebagai penahan selera makan. Jika anda sering terdedah dengan tekanan, Garcinia Cambogia juga pasti akan membantu anda untuk tidak stress dan seterusnya menyebabkan fikiran anda ingin makan. Apa yang perlu anda lakukan adalah mengambil satu tablet sekitar 1 jam sebelum anda makan dan anda tidak akan makan banyak lagi seperti biasa.
Cubalah amalkan Garcinia Cambogia... 
PASTIKAN YANG ORIGINAL YA!



NotAqiL: Bila ia jadi TRENDING!!

X.O.X.O






Sabtu, 23 Januari 2016

Sawan Tangis : Bayi baru Lahir


Ha...

mengapa entry macam ni tajuk??


Adra pon sudah setahun kan umurnya...
Fizah tak pernah cerita kisah AQiL masa dia baru baru lahir...
Masa dia 2 tahun lepas...




Ini Lah AQiL - Beberapa jam lepas Lahir - Dalam Ward Bersalin




Kulit AQiL putih kemerah-merahan...
Kuning kuning juga time ni...


rambut AQiL lurus tebal dan hitam berkilat
beratnya masa lahir 3.2 kg


Dari dalam perut lagi, doktor kata Fizah kena cizer...
Sebab rahim Fizah tak boleh kembang katanya...
AQiL pula kategory bayi besar saiz nya...
jadi cizer adalah yang terbaik untuk kami masetu...


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

malam sebelumnya - [[Ahad mlm kul 8.00 macamtu]]
masa Fizah memang nak lelap dah...
sebab time preggy Fizah punya jadual tido agak pelik...
Fizah sudah ada rasa macam ada air keluar setitik setitik cam tu....

Fizah tak gusar ke hape..
sebab anggap saja macam kita kuar air kencing bila terbersin time pregy tu...
tapi tu la...tak pulak bersin pon..cuma Fizah perasan la ada keluar...

sebabkan dah time Fizah tido....
Fizah sambung saja tiddo...lagipon tak rasa sakit ke hape..

Due date doktor bagi nak bersalin pon ada lagi 3 hari camtu...

rupenya AIr ketuban Fizah sudah pecah masa jumpa doktor pagi senin tu...
[memang tarikh folow up isnin tu]...huhu.




Due Date Fizah bersalin -> 11/9/2013 (Rabu)

Air ketuban dah start menitik - > mlm 8/9/2013 (Ahad)


AQiL Lahir -->  3 Zulkaedah 1434 (2.26 PM)
[hari folow up last]



++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Pagi 9 September 2013 tu Fizah folow up macam biasa...
relek jer Fizah cakap kat doktor dari malam tadi ada air kuar...
tapi setitik setitik jer dalam beberapa jam macam tu..


terus muka Doktor cuak cuak'''
Fizah relek jer lagi..

siap doktor suruh kira ada tak 24 jam dah berlaku??
tanya tanya...
terus suruh Fizah cek bukaan

tapi yer..tiada bukaan, atas sebab itu memang air ketuban
jadi doktor suruh terus proceed bersalin
sebab bayi kan boleh lemas bila air ketuban dah pecah tapi tak keluar dari perut ibu!!!


Sampai nak cezer pon,
Fizah tak merasa sakit bersalin..
tiada contraction
cuma sakit EPIDURAL aja Fizah dapat rasa sampai sekarang ni..

ada entry khas EPIDURAL Fizah pernah buat dulu..


+++++++++++++++++++++++++++++++


lahirlah AQiL dengan selamatnya..
alhamdulillah...syukur.


tapi YA' atas faktor the NEW cOMING MOTHER'
the new parenting person
Fizah tiada sangat ilmu tentang keibuan untuk saat itu.


Masa AQiL Lahir jer... baru Fizah tersedar..bukan mudah untuk menjadi seorang Ibu...
apatah lagi untuk menjadi seorang Wanita yang kuat'

kuat dari segala segi..
spritual
tubuh badan
mental
dan semualah...

kena kuat.'


AqiL sebenarnya jenis menagis tak henti henti saat dia dari lahir lagi...
masa Fizah dalam ward lagi... siang ke..malam ke... AQiL MEMANG MENAGIS!!

AqiL juga sangat kuat menyusu... baru baru lahir ritu, saluran air susu Fizah tersumbat,
jadi AQiL seakan putus asa sebenarnya nak menghisap... bila dia hisap..dia macam tak puas...
Walhal Fizah pula rasa dah Bengkak sangat dah.. penuh sangat dah...berdenyut denyut camtu...

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Pengalaman juga pada Fizah keadaan masa tu...
Ilmu teori memang tak sama dengan ilmu praktikal...
walau dah banyak yang Fizah tuntut ilmu tentang kelahiran...penyususan... dan ibu bapa...

Ya'' ia tidak semudah kita nak lakukannya...

lagi lagi bila kita diduga pada ketika saat itu..

memang pengalaman yang akan mengajar kita sebenarnya...

Sepanjang mengandungkan AQiL, boleh kata hari hari AQiL dengar mengaji..dengar ayat ayat yang baik baik sahaja...serba serbi lah ok [sebab  jatuh jugak time puasa sebulantu]... nak kata hal hal tak elok ni...jarang jarang aja ..memang jaga betollah perangai ke hapa... tak sakitkan binatang itu semua...memang dengar dan ikut jer apa orang tua dulu selalu amalkan bila berkaitan mengandung...


keluar aja AQiL kedunia, ALLAH uji kami sekeluarga... dengan tangisan AQiL....
memang haru... biru..ungu...kelabu... semua serba serbi tak kena saja...
sampai pernah jugak la Fizah rasa macam nak ajer tampar tampar atau pukul pukul jer bagi AQiL DIAM... tu lah ujian kami yang pada Fizah memang sangat lah hebat!!


berangan lah ko kalu lepas baby lahir...dia boleh diletak letak gitu gitu jer... letak dalam baby cot...letak dalam bouncer ke.. mahupon ko hanya nak biarkan baby ko atas tilam hampar atas lantai...


dengan AQiL, tidak boleh dilakukan begitu...

TIDAK BOLEH!!!!

jauh jer seinci dari badan orang, memang AQiL akan melalak la dia sepuasnya...
jauh jer setapak ko konon nak ke toilet nak membuang.... memang lalak la dia tak henti henti..


sebabtu pernah Fizah cakap, AQiL NAK BERDOKONG aja!!!

memang ada yang kata, kena ajar bayi dari lahir lagi..jangan nak dokong sahaja... biarkan aja dia di atas tilam.... tapi, AQiL, dari dalam ward bersalin lagi... asal letak aja dia dalam baby cot dia.. melalak la dia... habis satu ward dengar dia nangis...

pernah jugak Fizah tahan telinga dengar dia melalak time nurse nak bersihkan dia, nak bersihkan popo dia.. mandikan semua..dia melalak aja... sampaikan Fizah rasa perlu untuk ke bilik perseorangan... agar pesakit lain tidak dengar sangat nangisan AQiL saat itu..
lebih lagi tiba waktu tengah malam... memang AQiL akan menangis sampai pesakit lain tak boleh tido.. sampai baby lain turut terjaga...Fizah nak aja balik cepat ke rumah masetu...
mengenangkan semuanya...tapi sebab cizer kan..kena la tunggu 3 hari baru keluar ward macam tu..


itu lah pengalaman Fizah, yang tak boleh nak dirasa oleh ahli keluarga Fizah yang lain...
adik beradik Fizah pon tidak ada yang pernah berhadapan dengan situasi baby bila dah lahir..
jenis yang menangis melalak lalak...

itu lah dia AQiL
Kisah si Sawan Tangis nih orang tua kata' menunjukkan bayi yang menagis tak henti bila dilahirkan.



Tak nangis - sebab atas badan Mak Dier..
Cube letak kat baby cot tuuuu....


herher.



NotAqiL:  Pengalaman itu berbeza, ada pengajaran yang membina!!
















Selasa, 19 Januari 2016

Happy BedAy ADRA : 17st January






The Making Of The Day






Adra Lahir waktu lepas Asar [pm]
Jadi sempat la
nak siapkan sentuhan terakhir sebelum majlis bermula
itu pon atas request
 MAK PAK ADRA yang nak jugak mula majlis
ikot time Adra lahir..

wuhu..













Tema Colour is BERSIH!!

Erkk?




Yes
Y.E.LL.O.W




THE pARTY Begin


with





 AQiL berebut mainan
dengan bebudak kat belakang tu


Say SorRy AqiL!!!


say!!




maseni tengah tunggu DOA SELAMAT selesai,
tu yang buat Perangai tu
sebab Kene Kurung tak bebas nak bermain.


Putff






Pom Pom Pom

TERTARIK ler tuw--> AQiL





orang dah sibuk amik KEK'
amik makanan
dierr masih POM POM sorang sorang lagi..


hahahaha











menu UTAMA
char Kuew Tiaw.












alhamdulillah...






setahun sudah umurnya.






Adra Safiyyah Salahuddin





nah Hadiah dari Kami.








NotAqiL :  Jumpa Laaaagiiiieeeeee ADRA'''












Jumaat, 15 Januari 2016

Makan Di Sungkai HOT SPRINGS





Fizah cadangkan korang yang nak datang ke sini
amik pakage terus...
lebih berbaloi dan adalah rehat kalu korang datang dari jauh...



Maksudnya,

Penginapan + taman Air + kolam air panas + makan [b/f,lunch,dinner]




penginapan- tak silap Fizah ada pakage 3Hari 2 malam,
                     atau 2 Hari 1 malam...

 [sebabnya ada yang nak buat majlis kahwin kat DEWAN sini, jadi pengantin n family inap sini terus]

* Dewan series besar taw!!! lengkap n kemudahan memang ada [bilik persalinan,surau,paking dll !! 
   rasanya makanan kenduri pon pihak FELDA ini yang akan buatkan...
   Fizah team building kelasnya kat dalam salah satu dewan nih la...
   macam macam dewan ada- ikot nak sewa besar mana dewan tu.




kalu yang nak datang sehari pon boleh aja amik bilik...ikot kekosongan lah yer..
sini siapa cepat boleh pilih bilik yang kita mahukan...
yang orang tak booking dulu lah..



kiranya disini kalo nak masuk semata ke dalam kawasan hot spring ni kne la bayar..

DEWASA RM 15.00
Kanak kanak RM 10.00
Warga Emas RM 12.00


masuk kawasan penginapan/dewan kena booking dulu..sebab ada Jaga kat gate.




tagging ada macam macam warna
ikot menginap / datang hari



Amik pakage full lebih berbaloi sebab dah mandi manda, korang boleh balik bilik bersiap, kalu dah malam boleh balik tido atas katil, pastu esok pon boleh masuk lagi taman tema n kawasan kolam hot spring, ada makan disediakan. sampai la pakage hari tu habis boleh keluar masuk bila bila masa...


kalu yang datang sehari jer pastu tak menginap, sekali korang keluar je pagar utama
 [konon nak amik baju salin tertinggal kat kereta]
nak masuk semula..ha bayar lah lagi RM 15.00 tuw...kuang kuang kuang...naseb la..


tapi Fizah tak la kata wajib pon kene inap situ- ikot la kemampuan kauorang nak macamner...




Bab Makan kat HOT SPRING.
memang HAVEN!
kenyang sungguh la makan makan kat sini...


tak sempat nak hadam brekfas tadi...
dah makan pulak tengahhari...
aktiviti kelas rehat kejap petang tu... makan ringan pulak..


semua kuih muih n desert sini series sedap
Pandai org yang buatnyer!!


pastu habis kelas pula... dinner lagi..

macamtu la 3 hari kat situ.




Best sangat sebab Makanan kat sini Banyak pilihan,
banyak masakan kampung... campo bijirin roti canai tu semua..
kuih muih..sup sup... desert.. pilih jer mana nak..

SATU JER!!


JANGAN TERLEPAS WAKTU!! sebab mereka memang pantas mengemas!

jangan marah key kalo korang yang sampai lambat pastu bising tray dah kosong... dah licin!!


* eerrkk - lagi satu boleh tambah banyak kali...buffey lah katekan..iLike''




hehe..sebenarnya tambah banyak kali sebab dah termasuk dalam pakage penginapan...

kalo tak... adeh mampu githu''' [[sight]]

















makan makan makan




MERANTI COFFEE HOUSE



NotAqiL: Terbaik dari FELDA!!